Sunday, June 26, 2011

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.
"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.
"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini. Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan. Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin. "Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/168005

2 comments:

  1. 9 julai 2011 tarikh keramat..
    segerombolan org2 melayu bodoh berkumpul..berarak sana sini seperti abu jahal dan pengikutnya..
    mereka tidak sedar neraka la tempat utk mereka..
    mereka pengkhianat negara..
    mereka perosak bangsa..
    mereka menjahanamkan peniaga2 utk berniaga..
    mereka memalukan malaysia di persada dunia..

    ya ALLAH yang Tuhanku, hancurkan lah golongan ini..
    mereka tiada gunanya di bumi yang tercinta ini..

    ReplyDelete
  2. Dr. Rita....doa mu seperti doa yang dibaca oleh abu jahal terhadap Rasullulah...ada kah abu jahal tu betul...fikr2kan lah ...jangan berdoa je , tanpa usul selidik ape jenis yang kau doakan tu..

    ReplyDelete