Thursday, November 11, 2010

SEPULUH SEBAB PENGHAPUS DOSA dan PENDETAILANNYA - Siri 2

Para alim-ulama berkata:

Mengerjakan taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa.


Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta'ala saja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak anak Adam, maka untuk bertaubat itu harus menetapi tiga macam syarat, iaitu:

Pertama: Menghentikan sama sekali-seketika itu juga -dari kemaksiatan yang dilakukan,

Kedua : Menyesal kerana telah melakukan kemaksiatan tadi dan

ketiga : Berazam tidak akan kembali mengulangi perbuatan maksiat itu untuk selama-lamanya.

Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut di atas itu ada yang ketinggalan maka tidak sah taubatnya.

Apabila kemaksiatan itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka empat macam syarat, iaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan

keempatnya: ialah mohon melepaskan tanggungan itu dari tuan yang empunya diri.


Maka jikalau tanggungan itu berupa harta atau yang semisal dengan itu, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi, jikalau berupa dakwaan zina atau yang semisal dengan itu, maka hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta saja pengampunan daripada kawannya dan jikalau merupakan pengumpatan, maka hendaklah meminta penghalalan yakni pemaafan dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya.

Seseorang itu wajiblah bertaubat dari segala macam dosa, tetapi jikalau seseorang itu bertaubat dari sebahagian dosanya, maka taubatnya itupun sah dari dosa yang dimaksudkan itu, demikian pendapat para alim-ulama yang termasuk golongan ahlul haq, namun saja dosa-dosa yang lain-lainnya masih tetap ada dan tertinggal - yakni belum lagi ditaubati.


يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُواْ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَـتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّـتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الاٌّنْهَـرُ‏}

8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, (atTahrim=8)


Sila rujuk kitab Riyadus-Solihin Bab 2 Taubat

No comments:

Post a Comment