Wednesday, November 17, 2010

Nabi Ibrahim KhaliluLLAH

Salam teman-teman,

Saban tahun kita membicara tajuk Ibadah Haji dan Ibadah Qurban. Manusia istimewa di sebalik dua ibadat itu ialah Nabi Ibrahim as dan keluarganya Ismail dan Hajar as. Merekalah yang hebat dan besar pergorbannya dalam menegakkan agama ALLah.


Setiap kali solat kita akan berselawat kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya, begitulah juga kepada Nabi Ibrahim as dan keluarganya.

Mana mungkin ALlah saja-saja letak nama Nabi Ibrahim dan keluarganya mengiringi Nabi Muhammad saw. Sudah tentulah ALlah mahu kita supaya mengingati pengorbanan mereka seterusnya mencontohi mereka sebagai qudwah dalam kehidupan beragama.



Lihat! Walaupun Nabi Ibrahim seorang diri, ALlah menyebutnya sebagai "umat". Ini kerana beliau di jalan benar khususnya dalam mentauhid dan beriman kepada ALLah. Semasa di Iraq masa itu di bawah kerajaan Namrud tiada seorang pun yang membenarkan seruan Nabi Ibrahim as. Kerajaan Namrud, bangsanya dan ayah Nabi Ibrahim menentangnya. Yang beriman hanyalah isterinya Sarah dan Luth.

















No comments:

Post a Comment