Tuesday, November 2, 2010

JADI PEMIMPIN ADALAH AMANAH............jangan pandang ringan. jangan tersalah pilih

Salam sahabat-sahabat budiman,

Pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawab. Seorang manusia sekurang-kurangnya bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, maka dia adalah pemimpin. Ayah sebagai pemimpin keluarga, pengetua pemimpin sekolah, perdana menteri pemimpin negara begitulah seterusnya.

Sabda Nabi saw, كلكم راع وكل راع مسؤول عن رعيته

Maksudnya, “ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya”. Bukhari & Muslim

Pemimpin dalam Islam bukan satu keistimewaan yang direbut-rebutkan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.

فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ

“ Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain , maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.” ( Al Baqarah 283 )

Lebih besar bidang kepimpinan maka lebih besarlah tanggungjawabnya.

Kepimpinan juga adalah merupakan ujian dan dugaan daripada Allah. Makin besar tanggungjawab kepimpinan maka makin besarlah pahalanya TETAPI sebaliknya sesiapa yang cuai dan gagal menunaikannya maka besarlah pula dosa dan kemurkaan Allah.

Sabda Rasulullah ( saw ) :

مَا مِنْ راعٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ يموتُ يومَ يموتُ وهو غاشٌ رَعِيَّتِهِ إلا حرَّمَ اللهُ عليه الْجنةَ

Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya , dia mati kerana tiba ajalnya pada hal dia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .”

Maka berhati-hatilah apabila memilih pemimpin dan bila dipilih jadi pemimpin.


No comments:

Post a Comment