Thursday, January 28, 2010

BAKHIL-KEDEKUT - اَلبُخْلُ

Salam teman-teman,

Justify Full
Sifat bakhil atau kedekut adalah dicela(mazmumah) oleh syarak. Ianya adalah sifat yang membawa kepada kebinasaan di akhirat. Lihat firman Allah,

وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ
سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. surah Aali-Imran ayat 180

Firman Allah lagi,
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ( al-Hasyr : 9 )

Sabda Nabi saw, إِيَّاكُم وَالشُّحُّ فإنه أَهلَكَ مَن كَانَ قَبلَكُم حَمَلَهُم على أن يَسفِكُوا دِمَاءَهُم
وَيَستَحِلُّوا مَحَارِمَهُم،

” Awaslah kamu sekalian daripada sifat bakhil. Sesungguhnya umat terdahulu binasa kerana bersifat bakhil, sehingga mereka suka menumpahkan darah sesama mereka DAN menghalalkan apa yang diharamkan atas mereka”.

SabdaNya lagi, إِنَّ اللَهَ يُبْغِضُ البَخِيلَ في حياتِهِ، السَّخِيَّ عِندَ مَوتِه
Maksudnya, ‘ Sesungguhnya Allah benci orang yang bakhil ketika hidupnya, yang dermawan di waktu matinya (dekat ajal)”.

Sayyiduna Ali bin Abu Talib berkata,” Akan tiba nanti suatu masa yang sangat genting, orang-orang yang mempunyai harta akan mencengkam harta kekayaannya, tidak suka membahagi-bahagikan kepada orang yang memerlukannya, dan tidak ada pula orang yang mahu mengingatkannya”.

-bersambung

2 comments: