Friday, January 29, 2010

BAKHIL-KEDEKUT - اَلبُخْلُ - Siri Akhir


Salam sahabat-sahabat,


PALING DERMAWAN DAN PALING BAKHIL

Sifat bakhil-kedekut adalah tercela. Lawannya ialah sifat pemurah dan dermawan..



Sifat Dermawan : Tingkatan yang amat tinggi ialah mengutamakan orang lain (iithar) iaitu bermurah hati dengan hartanya kepada orang lain sedangkan dia sangat memerlukan harta itu.

Lihat firman Allah:

وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةَ

Maksudnya,” Mereka itu lebih mementingkan orang lain dari diri sendiri, meskipun mereka itu dalam keadaan kemiskinan”



Sifat Bakhil : Tingkatan yang amat tinggi ialah tergamak menahan membelanjakan

hartanya untuk dirinya sendiri, padahal ia amat memerlukannya.

= tak sanggup mengeluarkan wang untuk berubat

= menahan nafsu makan kerana berbayar, kalau percuma dimakan dengan

lahap dan gelojohnya.


Kisah Pertama

Pada suatu hari, telah datang kepada RasuluLlah saw seorang tetamu, tetapi Baginda tidak mempunyai makanan. Lalu tetamu itu diajak oleh seorang Ansor datang ke rumahnya, lalu dihidangkan makanan. Ketika mahu makan, dia menyuruh isterinya memadamkan pelita. Dia pun pura-pura makan sehingga tetamu itu selesai memakan hidangan itu.

Keesokan harinya, RasuluLLah saw berkata kepada orang Ansor itu: Sungguh Allah merasa takjub kepada kelakuan kamu terhadap tetamu mu malam tadi.


Dan turunlah ayat berikut,

وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةَ

,” Mereka itu lebih mementingkan orang lain dari diri sendiri, meskipun mereka itu dalam keadaan kemiskinan”


Kisah Kedua

Berkata Huzaifah al-Adawi: Ketika berlaku peperangan di Yarmuk, di mana kaum Muslimin bertempur untuk membebaskan tanah Syam (Palestin) dari tangan musuh , sayapun berangkat mencari-cari sepupu saya diantara orang-orang yang luka parah. Dalam tangan saya ada sedikit air untuk saya berikan kepadanya kalau ia sedang kehausan , ataupun saya sapukan di mukanya bagi meringankan kepanasan pada hari itu. Untung sekali saya dapat berjumpa dengannya , sedang ia dalam keadaan luka parah . Saya pun unjukkanair itu kepadanya untuk diminumnya . Tiba-tiba terdengar oleh kami suara orang kesakitan . Maka sepupu saya tidak jadi minum air itu , malah mengarahkan kepadaku untuk memberi orang itu minum terlebih dahulu . Saya pun segera pergi kepadanya dan saya dapati orang itu ialah Hisyam Ibn al-Ash . Saya unjukkan air itu untuk diminumnya , tiba - tiba terdengar pula suara orang lain mengerang kesakitan , maka Hisyam tidak jadi meminum air itu , sambil mengarahkanku supaya memberinya minum terlebih dahulu .

Saya segera mendapatkan orang ketiga, tetapi malangnya ia baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir . Lalu saya pun segera kembali kepada Hisyam dengan membawa air itu .Demikian pula saya dapati Hisyam baru saja mati . Kemudian saya kembali semula kepada sepupuku . Malangnya saya dapati ia juga sudah mati. Moga-moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh mereka bertiga.



Batas sifat dermawan dan sifat kikir serta hakikat keduanya.

Ketahuilah bahawasanya harta kekayaan itu dicipta Allah kerana suatu hikmat , iaitu agar ia dapat dipergunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka .Oleh itu harta itu boleh ditahan dari perbelanjaan , sehingga tiba masanya yang sesuai untuk dibelanjakan .Harta itu juga boleh dibelanjakan kepada perkara - perkara yang tidak sewajarnya atau tidak seharusnya dibelanjakan untuknya. Ataupun harta itu juga dibelanjakan dalam beberapa perkara secara adil dan saksama , iaitu hendaklah ia menahan harta itu pada tempat harta itu perlu ditahan , dan membelanjakannya pada tempat yang harus ia dibelanjakan.



Menahan harta ketika wajib dibelanjakan itu merupakan suatu kekikiran , manakala membelanjakan harta ketika masa wajib ditahan merupakan suatu keborosan .Mengambil jalan tengah antara kedua perkara tersebut adalah suatu kesederhanaan , dan yang demikian adalah amat terpuji.


Sekian, terima kasih.

1 comments:

  1. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete