SalamuLlah 'alaikum,
Hari ini isnin 21 Sep 2009(Hari Raya Kedua). Malam tadi tiba dari Beranang Selangor jam 1 pagi. Masing-masing letih bin penat.
Destinasi hari ini ialah ke Pasir Panjang K.trengganu tanah tempat kelahiran ku.
Kami keluar dari Batu Tiga Kuantan di sekitar jam 10 pagi melalui jalan Jabor-Ajil menuju Kuala Trengganu.
Bersiap untuk bertolak ke Kuala Trengganu. (Foto atas) Itulah rumah kurniaan ALlah kepada saya yang mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air. JazakumuLLah kepada keluarga arwah Pak Wail dan Mak Ngah Hindun yang banyak membantu saya menyiapkan rumah tersebut.
(Foto di bawah) Singgah di R&R Cheneh kerana ada cucu terbuang air besar.
Mak Long(kakak sulong saya) sedang gulai ayam kampung........Kami tiba di rumahnya di Kesom sebelah Kubang Lembik tempat Ustaz Harun Taib lebihkurang pukul 3 petang. Perut lapar jangan kira..........jalan jam/sesak dari Felda Jerangau sampailah ke mANIR.
Baca Selanjutnya...