Perjalanan diteruskan ke Bandar Baru Bangi. Tempat saya belajar 25 tahun dulu di UKM. Di sinilah juga saya dikurniakan 3 orang anak sebelum berpindah ke Pekan Pahang.
Kami tiba di BBB dari Melaka di sekitar jam 4.15petang. Kami terus ke rumah Dr A.Halim. Salah seorang anaknya, Nusaibah adalah anak susuan saya. Ceritanya panjang, detailnya tanyalah kemudian.
Terima kasih banyak kepada Dr A.Halim dan keluarga di atas layanan mesra. Sempat pula dihulurkan duit infaq fi sabiliLlah.
Terima kasih kepada Kak Azyan(is3 Dr A.Halim) yang sentiasa mengundang kami ke rumahnya.
Hajat di hati nak singgah beraya di rumah Dr A.Wahab Ismail di section yang sama tetapi tidak kesampaian kerana beliau dan keluarga dalam keletihan kerana baru pulang dari umrah pada hari yang sama. Malas pulak saya nak menganggunya. Kemudian kami ke rumah Yusoff Hitam dan Kak Mah(pengasuh Mukminah dan Habibullah ketika kami tinggal di section 6 BBB) tapi sayangnya mereka tiada di rumah. Kamim langsung memacu kenderaan masig-masing ke Beranang. Beranang adalah destinasi utama dan terakhir uye sekeluarga.
No comments:
Post a Comment