Friday, September 25, 2009

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (vii) Hari Raya Kedua....Kuala Trengganu.

SalamuLlah 'alaikum,

Hari ini isnin 21 Sep 2009(Hari Raya Kedua). Malam tadi tiba dari Beranang Selangor jam 1 pagi. Masing-masing letih bin penat.

Destinasi hari ini ialah ke Pasir Panjang K.trengganu tanah tempat kelahiran ku.
Kami keluar dari Batu Tiga Kuantan di sekitar jam 10 pagi melalui jalan Jabor-Ajil menuju Kuala Trengganu.
Bersiap untuk bertolak ke Kuala Trengganu. (Foto atas) Itulah rumah kurniaan ALlah kepada saya yang mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air. JazakumuLLah kepada keluarga arwah Pak Wail dan Mak Ngah Hindun yang banyak membantu saya menyiapkan rumah tersebut.
(Foto di bawah) Singgah di R&R Cheneh kerana ada cucu terbuang air besar.
Mak Long(kakak sulong saya) sedang gulai ayam kampung........Kami tiba di rumahnya di Kesom sebelah Kubang Lembik tempat Ustaz Harun Taib lebihkurang pukul 3 petang. Perut lapar jangan kira..........jalan jam/sesak dari Felda Jerangau sampailah ke mANIR.
Anak gadis kembar Mak Long bergambar dengan maknya dan isteri ku Faridah Kamaruddin

(Foto Di Bawah) Nie kat rumah Yusri(ayah Da) adik saya seibu tapi lain bapa.
Adik beradik aku. (FOTO ATAS)Dari kiri Yusri, Kak Mah, uye, Atie dan Nasir. Atie seorang cikgu {belum kawin, siapa nak cepat-cepat contact aku:)))) }
Kat rumah Kak Ani(sepupu aku)

Foto Bawah - Nie Kat rumah Ayah Da (Adik seibu)
FOTO ATAS - 5 Beradik
Foto Atas dan Bawah - Kat rumah Mak Su
Alangkah comelnya kalau bertudung n tutup aurat
Itulah sekadarnya coretan aku, terima kasih kepada semua.

2 comments: