Tuesday, September 22, 2009

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (ii) Hari Raya Pertama ....singgah solat Raya di Muazzam Shah

Salam teman-teman,

Seawal jam 7.00pagi semua anak cucu sudah siap untuk berangkat ke destinasi utama iaitu Beranang Selangor. Beranang adalah bumi kelahiran isteriku Puan Faridah Kamaruddin. Beliau dilahirkan tanpa adik beradik kerana lebih kurang 50hari ibunya meninggal dunia.

Untuk menjimatkan masa dan memanfaatkannya sebaik mungkin(dalam perjalanan ke Selangor) kami singgah menunaikan solat Hari Raya di surau Desa Teratai Muazzam, Surau Muhajirin namanya. Di sinilah berkumpulnya anak-anak didik Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.
Sesi mengambil gambar (baju baru katakan) bersama anak cucu Toki(gelaran datuk bagi orang Trengganu). Ustaz Ishak(foto di bawah) sedang menyampaikan khutbah Hari Raya setelah mengimami solat Hari Raya Fitrah. Solat bermula jam 8.45 pagi.
Sekitar jam 9.30 pagi sesudah selesai solat Hari Raya, kami berangkat ke Keratong 5. Di Keratong 5 tempat tujunya ialah rumah Haji Hassan. Haji Hassan adalah ayah kepada Ustaz Nasrudin Ketua Pemuda Pas Malaysia. tk

2 comments:

  1. sepatutnya sebagai YDP beraya la kat kawasan sendiri dulu atau berkhutbah kat kawasan sendiri dulu,lepas tu nak pegi mana pun boleh la...

    p/s
    sekadar teguran utk pemimpin,perihatin la dgn kawasan.

    ReplyDelete