Harakahdaily, | 02 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 April:
PAS yakin jika negara ditadbir dengan baik dan kebajikan umat Islam
terjaga, agak mustahil umat Islam terpengaruh dengan usaha untuk
memurtadkan mereka.
Namun, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, semua ini tidak berlaku sehingga gejala murtad masih melanda umat Islam dan semakin meningkat.
Meskipun mengawal TV and media arus perdana dengan penyebaran kebaikan Islam secara luas, namun gejala murtad masih melanda umat Islam di Malaysia, bahkan makin meningkat.
Sebagai kerajaan yang diterajui umat Islam, sekiranya ditadbir dengan baik dan menjadi model tauladan di mana kebajikan rakyat terjaga, agak mustahil umat Islam boleh terpengaruh, katanya.
“Bagaimana umat Islam boleh murtad dan hilang kepercayaan pada Islam yang diberi liputan meluas di negara berbanding agama lain yang terbatas tanpa sebarang media perdana?”
Persoalan ini dicatatkan Tuan Ibrahim di facebooknya pagi ini untuk renungan pembacanya.
“Sepatutnya Islam sudah berkembang maju,” tegasnya. “Seperti kata (Tun) Dr Mahathir, orang yang celik pandai tidak dihirau Umno,” sindir beliau.
Dalam isu murtad, tegas Tuan Ibrahim, umat Islam hendaklah memahami punca sebenar dan bukannya mencari kambing hitam untuk menutup kelemahan kerajaan yang hanya Islam di depan, akan tetapi asabiah jiwanya

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9261--murtad-terkawal-jika-negara-ditadbir-dengan-baik
No comments:
Post a Comment