Thursday, April 26, 2012

KENAPA FGVH MESTI DITENTANG

Bacalah, jangan tak baca. Menyesal generasi peneroka Felda jika......

Ø  Lebih 360 ribu hektar tanah Felda Plantation  akan dipajak kepada FGV selama 99 tahun.Ia sepatutnya  boleh dimanafaatkan oleh  80 ribu keluarga peneroka baru  dari kalangan generasi kedua Felda yang layak dan benar benar memerlukan tanah.
Ø  Felda bakal hilang pendapatan sekitar 1.9 bilion.FGV hanya akan membayar pajakan setiap tahun RM 201 juta(belum ditolak negeri Pakatan Rakyat yang tidak akan menyerahkan tanahnya) dan  RM 257 juta kadar keuntungan 15%  jika harga RM 2900 setan minyak sawit mentah.Jumlah maksima hanyalah RM 508juta.
Ø  Saham saham Felda akan dibuka kepada umum.Sesiapa sahaja boleh membeli saham tersebut termasuk syarikat asing seterusnya boleh menguasai Felda.Lihatlah apa yang berlaku kepada Felda Oil Product  yang kini saham milik Felda hanya tinggal 35% sahaja dan pihak asing telahpun dilantik menjadi CEO nya.
Ø  KPF dengan ahli lebih 220,000 yang memiliki saham majoriti 51%  dalam Felda Holding,selepas dilupuskan kepada FGV hanya  akan diberi  milikan saham berjumlah 37% sahaja.
Ø  Selepas penyenaraian ,KPF hanya memiliki saham pada namanya sahaja .Yang berkuasa penuh ialah IHC(Inverstment Holding Company/Syarikat pegangan Pelaburan) yang menafikan kuasa pengawalan KPF ke atas hartanya sendiri.Saham berjumlah 37% itu juga akan diserah kepada IHC.
Ø  Dividen yang sepatutnya diterima KPF pastinya akan merosot kerana ia terpaksa membayar belanja pengurusan kepada IHC.
Ø  Hak Lembaga KPF untuk berada di dalam IHC juga telah dinafikan apabila menteri yang bertanggungjawab telah melantik Tan Sri Isa Samad sebagai wakil KPF di dalam IHC.
Ø  FGV akan menguasai tanah tanah di dalam kawasan Felda yang ada sekarang dan yang akan diberi kepada Felda pada masa akan  datang.FGV juga akan memperolehi segala peruntukan & bantuan daripada kerajaan yang selama ini diberikan kepada Felda.
Ø  Telah didedahkan dalam parlimen,syarikat FGV telah mengalami kerugian mencecah RM500 juta dalam pelaburannya di luar negara.Kenapakah asset Felda berbilion ringgit hendak dipindah kepada syarikat  bermasalah yang mempunyai trek rekod yang buruk?
Ø  CEO syarikat FGV Dato Sabri Ahmad juga mempunyai rekod buruk apabila beliau ditendang keluar dari syarikat Golden Hope kerana mengakibatkan kerugian mencecah RM 120 juta.Apakah yang hendak diharapkan kepada seorang yang mempunyai rekod buruk untuk membawa pulang keuntungan buat warga Felda khususnya. 
Tindakan Isa Samad Yang Mencurigakan
1.Cubaan Merampas Kuasa Jawatan Pengerusi KPF
Kenapakah Isa Samad cuba merampas kuasa jawatan Pengerusi KPF daripada Dato Dzulkefli Wahab yang dipilih oleh perwakilan pada Jun 2011 sedangkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli KPF.
2. Kenapakah Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli  Wahab diarah bercuti belajar sedangkan usianya sudah pun menghampiri usia pencen.Apakah terdapat satu muslihat jahat oleh pihak tertentu bagi mempastikan agenda kepentingan mereka tidak dihalang oleh sesiapa?
3.Kenapakah seorang yang berjasa kepada Felda seperti Encik Abidin Abd Rahman selaku Timbalan Pengarah Felda yang juga merangkap Pengarah Pilihanraya Felda ditendang ke Library Jabatan Perdana Menteri.Encik Abidin juga merupakan Setiausaha KPF.
SIAPA LAGI YANG MENENTANG PENYENARAIAN FGV?
Dato Ahmad Maslan mengatakan hanya Mazlan Aliman sahaja yang menentang FGV.Tetapi hakikatya berbagai pihak yang berautoriti turut menentang antaranya:

1.Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Samsudin Othman
yang juga merupakan satu satunya wakil peneroka seluruh Malaysia di dalam Lembaga Pengarah Felda meminta ditangguhkan penyenaraian sehingga satu kajian terperinci dilaksanakan.
2.Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) Tan Sri Rozali Ismail turut mendesak supaya ditangguhkan terlebih dahulu penyenaraian tersebut sehingga satu kajian terperinci dibuat untuk melihat kesan positif dan negative di sebalik penyenaraiannya.

3.Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah
yang juga bekas Menteri Kewangan memberi peringatan bahawa Felda bakal terlepas ke tangan asing bila penyenaraian FGV dilaksanakan kerana ia akan membuka ruang pihak luar untuk menguasai saham  .Pemilikan harta tanah akan terdedah kepada pasaran dan sesiapa saja boleh membeli jika mampu.Jika saham sudah dikuasai maka tanah akan menjadi milik orang lain.

4.Pakar Ekonomi yang juga mantan Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosly Yaakop
turut menentang penyenaraian FGV.Beliau sudah beberapa kali menulis dan mengeluarkan kenyataan akhbar mendedahkan berbagai kerugian yang dialami oleh Felda Global Vantures dalam perniagaannya di luar negara.
5.Sasterawan Negara Dato A.Samad Said
turut menentang dan telah turun ke jalan raya bersama peneroka Felda bagi membantah penyenaraian.
6.Terkini bekas Exco Kerajaan Pahang Dato Zainal Hasan(Wakil Rakyat Jengka hingga 1999) yang mewakili KPF telah disingkir dari Felda Holding kerana menentang penyenaraian Felda Global Ventures.
7.Dr Kamari Kasan bekas Pegawai Khas Tan Sri Yusuf Nor(Bekas Pengerusi Felda) turut bekerjasama dengan Gerakan Selamatkan Felda menentang FGVH.
Beberapa NgO  Turut Menentang Penyenaraian dan bergabung di dalam Gerakan Selamatkan Felda(GSF) iaitu:
Ø  Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK)
Ø  Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
Ø  Jemaah Islam Malysia(JIM)
Ø  Gabungan Mahasiswa Islam SeMalysia (Gamis)
Ø  Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)
Ø  Soladariti Anak Muda(SAMM)
Ø  Teras Keupayaan Melayu(Teras)
Ø  Badan Bertindak Kebangkitan Peneroka(Bangkit)
Ø   Badan Bertindak Peserta Felcra(BAPAK)
Ø  Pertubuhan Ikram Malaysia(IKRAM)
Ø  Badan Bertindak Pewaris Bumi(WARIS)
Ø  Seniman Paksi Rakyat(PAKSI)
Ø  Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)
 
SSumber : http://tukulbesi.blogspot.com/2012/04/kenapa-fgvh-mesti-ditentang.html

1 comments:

  1. Najib nak duit untuk tebus hutang FELDA VENTURES.

    ReplyDelete