Monday, November 28, 2011

HIJRAH ar-Rasul saw.......UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM

Salam sahabat=-sahabat,

Mafhum Hijrah
Hijrah ialah perpindahan (hijrah) RasuluLlah saw dari Makkah ke Madinah demi menegakkan Islam sebagai“ad-Dien= agama الدِّين, dan “ad-daulahالدَّولة” (negara).

Agama dan Negara(kuasa poloitik) tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan bagaimana hendak menguatkuasakan syariat/undang-undang seperti hukum Hudud memotong tangan pencuri dan sebatan kepada penzina.

Nabi saw dan para sahabat tak perlu hijrah kalau nak tunai solat kerana di Makkah sudah ada Ka'bah.

Nabi saw dan para sahabat tak perlu hijrah kalau nak laksanakan zakat dan puasa.

Nabi saw dan para sahabat tak perlu hijrah kalau nak buat ibadat Haji kerana di Madinah tak ada tempat rukun dan wajib haji.

Nabi saw berhijrah ialah kerana hendak merealisasikan amanah yang paling besar. Amanah yang paling besar ialah amanah untuk ‘menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu- إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه

Tiba di Madinah al-Munawwarah
1- Pembinaan masjid - bermaksud membina akhlak dan peribadi rakyat terutamanya orang Islam.
2- Persaudaraan antara Ansor dan Muhajirin serta perpaduan dengan bukan Islam.
3- Penggubalan Sahifah Madinah (Perlembagaan Madinah) untuk golongan Islam ( Ansar dan Muhajirin), golongan kafir ( Yahudi dan Musyrikin Madinah).

Dengan itu tertegaklah Sebuah Negara Islam. Antaranya cirinya ialah:
a-Tanah ialah bumi Madinah
b- Rakyat iaitu para sahabat Ansor dan Muhajirin serta orang-orang bukan Islam.
c- Pemimpin iaitu RasuluLlah saw.
d- Perlembagaan iaitu al-Quran dan al-Hadith.
e- Kedaulatan atau keperibadian sebagai sebuah negara.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment