Wednesday, September 10, 2008

TAQWA - PELIHARALAH DIRI ANDA

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan ALlah daripada syaitan yang direjam.

Semoga kita semua selamat daripada angkara dan tipu daya syaitan. Syaitan yang berusaha siang dan malam untuk menjadikan manusia mendurhakai ALlah.
Berpuasa antara lain untuk memelihara diri daripada mengikut pujukan syaitan dan bujukan hawa nafsu.

Puasa sebagaimana firman ALlah dalam surah al-Baqarah bertujuan melahirkan insan yang bertaqwa.

ياأيهاالذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
(Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada umat yang sebelum mu supaya kamu bertaqwa. )

Taqwa bermaksud melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ALlah serta meninggalkan laranganNYA.
Taqwa juga membawa maksud "wiqayah" iaitu memelihara. Iaitu memelihara diri daripada tiga perkara.

1- Memelihara diri daripada Kekal dalam neraka kerana dosa syirik kepada ALlah. Contohnya seseorang itu percaya serta beriman dengan hukum puasa(al-Baqarah 183) tetapi tidak percaya serta beriman dengan hukum Qisas dan Hudud (al-Baqarah 178).

2- Memelihara diri daripada masuk neraka. Masuk neraka kerana dosa selain syirik seperti berzina, minum arak dan makan riba. Dia mengakui serta percaya kepada semua hukum-hukum tersebut tetapi dia kalah dengan hawa nafsu jahatnya.
Setelah cukup tempoh pengazabannya dia akan dikeluarkan dari neraka kemudian dimasukkan ke dalam syurga akhirnya.


3- Memelihara diri/hati daripada Mengingati selain daripada Allah khususnya hati daripada ingat yang lain melainkan ALlah.

Oleh demikian jagalah diri kita masing-masing.

No comments:

Post a Comment