Sunday, September 28, 2008

HARI RAYA - ZIARAH KUBUR, boleh ke?

Salam.
Dah dekat dah hari raya. Peluang untuk menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.
Ada kalangan kita di pagi raya menziarahi kubur orang-orang tua dan saudara-saudara yang telah pergi dahulu menemui TUHANnya.

Ziarah kubur tiada salahnya asalkan mengikut peraturan dan adab yang ditentukan oleh agama.

Hikmah ziarah kubur ialah Ia akan mengingatkan akhirat dan kematian sehingga dapat memberikan pelajaran/ibrah bagi orang yang berziarah. Dan itu semua tentu akan memberikan kesan positif dalam kehidupan, mewariskan sikap zuhud terhadap dunia dan material.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: " Dulu aku melarang kamu semua berziarah kubur, maka (sekarang) ziarahilah ia." Dalam sebuah riwayat disebutkan: "Karena sesungguhnya ia mengingatkan kepada kematian, dan dalam riwayat At Tirmidzi: "Karena sesungguhnya ia mengingatkan kepada akhirat. "

### Saya secara peribadinya lebih suka kalau wanita tidak menziarahi kubur. Perbincangannya panjang. Tanyalah ustaz-ustaz yang faham masalah ini.

Apa Yang Nak Buat?
Kita diharuskan menziarahi kubur pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan pada hari tertentu sahaja.
1. Betulkan niat kita sewaktu menziarahi kubur. Dianjurkan ketika pergi untuk ziarah kubur hadir dalam benak kita rasa takut kepada ALlah, merasa diawasi olehNYA dan hanya bertujuan mencari keredhaanNYA semata.
2. Berilah salam kepada penghuni kubur.
3. Mendoakan kepada penghuni kubur agar mereka diampunkan dosa oleh ALlah serta diberikannya kesejahteraan/keselamatan dalam kubur.
§ Keselamatan(salam) semoga terlimpah kepada para penghuni (kubur) dari kalangan orang-orang mukmin dan muslim semoga Allah merahmati orang-orang yang telah mendahului (meninggal) diantara kami dan yang belakangan, insya Allah kami semua akan menyusul (Anda) (lafazh ini berdasar riwayat Imam Muslim)

Apa Yang Jangan Buat?
1. Jangan mintak § memohon kepada penghuni kubur agar dapat memberi pertolongan, murah rezeki dan hajat-hajat lain. Nie dah jadi puja kubur.....syirik dan rosak aqidah.
2. Jangan duduk atas kubur, apatah lagi melintas atas kubur(mayat di bawah).
3. Jangan jadikan kubur tempat solat.
4. Jangan ambik batu, kain kafan dan lain-lain untuk dapat berkat.
5. Berborak kosong, menghisap rokok dan lain-lain yang dilarang dan maksiat.
6. Menyelesaikan hajat(kencing).
7. Jangan membangunkan binaan di atas kuburan. Pacakkan pokok-pokok hidup. Janganlah buang segala rumput-rumput sehingga gondol.

Semoga tulisan ini memberi panduan ringkas untuk kita semua serta bermanfaat.

No comments:

Post a Comment