Thursday, March 28, 2013

DUN PAHANG terBUBAR 7 April


28 Mac 2013
PRU13
PRU13
KUANTAN - Dewan Undangan Negeri Pahang akan terbubar secara automatik 8 April ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
  
Ia mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah Perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada tempoh itu.
  
Mesyuarat pertama DUN Pahang berlangsung pada 7 April 2008, kata    Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.
  
Beliau memberitahu Bernama, mengikut prosedur apabila terbubar secara automatik, Wan Mohamad Razali akan memaklumkan perkara itu melalui surat rasmi kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Pahang, menyatakan bahawa penggal DUN telah mencapai tempoh matang.
  
DUN Pahang mempunyai 42 kerusi. Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, dua dimenangi DAP, dua PAS dan satu Bebas. Calon Bebas di kawasan DUN Tanah Rata, Ho Yip Kap, kemudian menyertai parti Gerakan. - Bernama

sUMBER : http://www.sinarharian.com.my/politik/dun-pahang-akan-automatik-terbubar-pada-8-april-1.143873

1 comments:

  1. Jackpotcity - Casino | JTM Hub
    Jackpotcity offers an 서울특별 출장안마 instant withdrawal experience. 포천 출장샵 Get 경산 출장마사지 your 서귀포 출장샵 hands on all your favourite games, including popular slots, video slots, video poker games, 서울특별 출장마사지

    ReplyDelete