Monday, October 15, 2012

Pemuda PAS serah RM100,000 bantu Rohingya




KUALA LUMPUR:
 Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini telah menyerahkan kutipan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu umat Islam Rohingya yang kini ditindas di Myanmar.

Hasil kutipan itu telah disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pejabatnya di sini, jam 2 petang tadi.

Cek sumbangan telah diterima oleh wakil umat Islam Rohingya di Malaysia, Ustaz Jaber Mohd Subahan yang juga Presiden Majlis Ulama Rohingya.

Tabung Rohingya telah digerakkan beberapa bulan yang lalu oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Adram Musa.

Pada bulan Ramadhan yang lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 dalam majlis berbuka puasa bersama warga Rohingya yang berada di Malaysia.

Turut hadir dalam majlis itu tadi ialah Dr Shamsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS), Nasrudin Hassan (Ketua DPPM)  dan Nurul Islam (Exco DPPM).

2 comments:

  1. Please stop to support MUR as they are supplying this money to Rohingya people but using for themselves. You can ask this matter from YB Tuan Haji Khasim Abdul Aziz, DUN Lebah Jaya, Ampang, who has regular contact with Rohingya and giving support to a Madrasah in his constituency. Thanks and salam.

    ReplyDelete
  2. Salam

    sila siasat yang ini juga

    http://fantrealika.tripod.com/memali2.htm

    ReplyDelete