Sunday, December 18, 2011

19 GLC catat kerugian sebelum cukai RM0.71 bilion

19 GLC catat kerugian sebelum cukai RM0.71 bilion


15/12/2011 3:03pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Sebanyak 19 daripada 47 syarikat, yang Menteri Kewangan (Diperbadankan) memiliki saham melebihi 50 peratus, mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah RM0.71 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2009.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, antara syarikat berkenaan ialah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), yang mengalami kerugian RM367.12 juta, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebanyak RM92.59 juta dan Assests Global Network Sdn. Bhd. (AGN) sebanyak RM41.05 juta.

Kerugian yang dicatatkan oleh ketiga-tiga syarikat itu, antara lain akibat perbelanjaan tinggi dalam kos pelaburan (impak melalui perbelanjaan susut nilai) dan peningkatan kos operasi (pada kadar tambang yang dikenakan pula rendah) serta pembayaran faedah kewangan yang tinggi.

"Sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk memenuhi obligasi sosial dalam menyediakan kemudahan awam atau sebagai syarikat Tujuan Khas (SPV), ketiga-tiga syarikat itu bukanlah bermotifkan keuntungan semata-mata,” katanya ketika menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Mohamad Ezam bertanya mengenai dakwaan 40 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mencatatkan kerugian terbesar sebanyak RM0.71 bilion serta langkah strategik yang diambil untuk memastikan GLC terus bersaing di peringkat global. - BERNAMA


Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

No comments:

Post a Comment