Tuesday, January 18, 2011

Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia......YA KE NIE?

Salam,

Kadang-kadang rasa tak percaya tapi kena percaya. Mereka dihidangkan dengan penyanyi seksi dan bir(arak) percuma kata Malaysiakini. Rujuk di sini http://www.malaysiakini.com/news/153700. Laporan oleh Kuek Ser Kuang Keng Jan 18, 11 11:11am.

Saya malas nak komen, berdosa ke tak berdosa? Kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri".

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam. Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

No comments:

Post a Comment