Tuesday, December 21, 2010

Kuantan, Kuala Lumpur, Johor, Trengganu, Selangor dan Seluruh Pahang........Tak Mudah Nak Up Date Blog

Assalamu'alaikum warahmatuLLAH.

AlhamduliLLAH, hari ini UYE bangun pagi macam biasa. Boleh ke surau solat Subuh macam biasa. Dua hari lepas UYE ke Rantau Panjang Kelantan kerana majlis pertunangan anak, Habibullah. Hari ini nak bertolak keluar dari Johor ke Kuantan. Esok insyaALLAH ke Kajang ada ceramah Ma'al Hijrah. Begitulah rutin hidup seharian, semingguan dan sebulanan.....akhirnya kita mati bertemu TUHAN.

Dalam kepala, UYE terfikir bagaimana lebih sibuk lagi pimpinan kita seperti Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi. Mereka juga punya blog, berceramah, berkuliah ke sana ke sini. Bila masa mereka nak up datekan blog? Seminggu ustaz Nasrudin Ketua Pemuda Pas Malaysia nampaknya tak sempat up date blognya. Kena ada orang tolong bantu. Itu belum kira lagi Face Book(fb). Semua itu alat yang baikm untuk menmyampaikan dakwah dan maklunmat.

Moga ALLAH terus memberi kekuatan dan bantuan kepada UYE dan semua pimpinan untuk meneruskan gerakerja dakwah siasah termasuk melalui blog dan fb.

Sekian, terima kasih.
Johor 21/12/10 9.31am

No comments:

Post a Comment