Jika pada bulan Ramadhan yang lepas sejarah Islam pernah menyaksikan beberapa peristiwa yang penting seperti peperangan Badar al-Kubra dan juga pembukaan Kota Mekah maka bulan Syawal yang baru lalu juga turut merakamkan peristiwa bersejarah yang mana kita semua patut ambil iktibar daripadanya. Antara peristiwa yang besar yang berlaku pada bulan Syawal ini ialah peperangan Hunain, peperangan Uhud dan juga peperangan Ahzab atau pun Khandak. Peperangan ini merupakan antara peperangan yang besar yang disertai oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Penglibatan baginda dalam peperangan-peperangan ini memberi satu peringatan dan gambaran yang bermakna kepada kita semua bahawa perjuangan di dalam meninggikan kalimah Allah adalah wajib dan mesti menempuh pelbagai rintangan dan halangan.Perjuangan ini tidak dihamparkan dengan permaidani indah tetapi menuntut kepada tumpahnya darah sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Allah. Tanyalah diri kita sejauh manakah tahap perjuangan dan sumbangan kita ke arah memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya diperintah. Berapa banyakkah harta kita yang disumbangkan untuk Islam dan berapa banyakkah peluh kita yang mengalir demi menjaga kemurnian Islam daripada dinoda oleh musuh-musuh yang sentiasa memeranginya. - bersambung
Sultan Pahang Memperkenankan Fatwa Pengikut GISB Holdings (GISBH) Sesat Dan
Menyeleweng
-
*KUALA LUMPUR: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Perundingan...
1 day ago
No comments:
Post a Comment