Thursday, April 8, 2010

KERJA-KERJA DAN PENGARUH JAHAT SYAITAN. siri pertama

ALlah memerintah kita supaya masuk Islam seluruhnya dan dalam masa yang sama jangan sekali-sekali mengikut jejak langkah syaitan. Begitu juga enyuruh kita supaya minta perlindungan dengan ALlah daripada syaitan yang direjam apabila hendak membaca al-Quran.

Syaitan dan kuncu-kuncunya tidak pernah berputus asa dan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan aqidah dan menyelewengkan syariat serta merosakkan akhlak manusia.

Berikut adalah antara kerja-kerja dan pengaruh jahat syaitan:

1. Cubaan merosakkan aqidah tauhid yang benar
.
Inilah tujuan utama syaitan agar manusia sesat daripada kebenaran. Sebagai contoh sebagaimana yang diceriatkan dalam hadis bahawa syaitan agar menimbulkan persoalan dalam diri setiap orang tentang siapakah yang membuat benda ini dan siapa pula yang menjadikannya? Akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa setiap benda ada penciptanya. Ketika itu syaitan agar menimbulkan soalan tentang siapakah yang menjadikan tuhanmu? Oleh itu, Nabi s.a.w. menasihatkan agar memohon perlindungan kepada Allah. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

2. Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan. Inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh. Apabila jaga dan menyebut Allah, maka akan terputuslah satu tali. Apabila berwudhuk maka putuslah tali kedua. Apabila bersolat maka putuslah tali ketiga. Ketika itu barulah manusia berasa bersemangat dan segar. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

Oleh itu, apabila bangun bacalah doa bangun tidur atau sekurang-kurangnya sebutlah nama Allah. Kemudian segera berwudhuk dan bersolat.

3. Tujuan syaitan mengikat dengan tiga ikatan agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajud dan solat Subuh pada waktunya. Oleh itu, beberapa perkara boleh dibuat bagi menghalangnya iaitu :
- Berwudhuk sebelum tidur kerana sabda Nabi s.a.w. :
إِذَا أَتَيْتَ إِلَى مَضْجَعِكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوْءَكَ لِلصَّلاَةِ
“Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka berwudhuklah seperti wudhuk solat”.

- Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah kerana sabda Nabi s.a.w. :
الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرِةِ مَنْ قَرَأَهُمَا فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
“Dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada malam nescaya memadailah baginya”. (Riwayat Bukhari).

- Membaca ayat Kursi.
- Boleh juga bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33 kali setiap satu.

4. Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana sabda Nabi s.a.w. :
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِى أُذُنَيْهِ
“Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya”. (Riwayat Muslim).

Makna kencing boleh difahami secara zahir. Boleh juga difahami bahawa syaitan berjaya menghalangnya daripada mendengar azan dan zikir.

5. Syaitan juga membawa mimpi-mimpi ngeri bagi menjadikan manusia berada dalam sedih. Seorang lelaki menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia melihat dalam mimpi bahawa kepala telah dipukul. Nabi s.a.w. menasihatkannya dengan sabdanya :
لاَ تُحَدِّثِ النَّاسَ بِتَلَعُّبِ الشَّيْطَانِ بِكَ فِى مَنَامِكَ
“Jangan kamu ceritakan kepada manusia dengan permainan syaitan kepadamu dalam tidurmu”. (Riwayat Muslim).
- bersambung

No comments:

Post a Comment