Sempena memperingati tarikh bersejarah dengan kelahiran bayi bertuah yang dibangkit sebagai Rasulullah perubah tamadun manusia yang roboh keinsanan mereka maka kali ini akan dikupas serba sedikit mengenai keadaan kuasa dan empayar yang kukuh pada masa itu iaitu sekitar abad 6 Masihi sebelum lahirnya nabi Muhammad s.a.w. Semoga ia mampu memberi kefahaman dan kesedaran kepada kita bagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w tidak dapat dinafikan lagi sebagai perubah dan pembawa rahmat kepada seluruh alam yang hampir hancur sifat kemanusiaannya dan telah tergadai rasa kehambaan kepada Allah Tuhan Pencipta. Empayar Rumawi Timur Kerajaan Rumawi Timur yang dikenali dengan Empayar Byzantine dan bangsa arab menamakannya sebagai al-Rom di mana pada abad 6 Masihi kuasa ini telah menguasai negeri Yunan (Greek), Balqan, Asia kecil, Syria, Palestin, seluruh laut Mediterranean, Mesir dengan Konstantinople (Istanbul) dijadikan pusat pemerintahan mereka. Empayar mereka bermula pada tahun 395 Masihi lagi sebelum jatuh dan hilang setelah diserang oleh kerajaan Islam Uthmaniah pada 1453 Masihi. Empayar ini pada abad ke 6 M mula mengenakan cukai yang tinggi ke atas rakyat yang menyebabkan timbulnya perasaan benci di kalangan rakyat jelata yang membawa kepada pengharapan mereka agar adanya bangsa asing yang mampu memerintah mereka menggantikan kerajaan yang sedia ada. Berkesinambungan daripada kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan telah menimbulkan rusuhan dan pemberontakan yang berlarutan di mana dalam rusuhan pada tahun 533 M sahaja pada masa pemerintahan Justin 1 maka 30 000 jiwa telah terkorban di Konstantinople. Ini disebabkan kerasukan pemerintah yang ingin mendapatkan wang sebanyak mungkin dengan apa cara sekali pun dan kemudiannya dibelanjakan dengan boros, berhibur dan berpoya-poya sehingga kepada peringkat kebinatangan.Rakyat turut terpengaruh dengan aliran batin disamping mereka suka kepada permainan sukan yang merbahaya sehingga menumpahkan darah seperti pertarungan antara manusia atau dengan binatang buas dalam stadium yang dibina khas disamping hukuman terhadap pesalah dengan hukuman yang mengerikan. Mesir yang merupakan sebuah wilayah kepada empayar ini menjadi mangsa penindasan yang paling teruk oleh golongan agama, mangsa keganasan oleh golongan politik sehingga memaksa rakyat Mesir berkerja kuat sebagai memenuhi nafsu serakah golongan pemerintah. Mesir yang merupakan sumber besar kepada kekayaan dan kemewahan kerajaan Rom telah dijadikan seumpama kambing susu yang diperah susunya sedangkan makanannya diabaikan. EMPAYAR Empayar Agama kuno mereka ialah Zoroaster yang merupakan kepercayaan yang mempercayai Pertarungan antara cahaya(Nur) dengan kegelapan(Zulmah). Kemudian datangnya agama Mani yang merupakan reformis kepada agama kuno tersebut di mana ia mengajak manusia untuk hidup membujang agar dunia cepat fana apabila manusia semakin pupus bertujuan untuk membasmi kejahatan di muka bumi. Pada abad ke 5 Masihi muncul pula seorang yang bernama Mazdak membawa ajaran menghalalkan harta dan wanita dengan bebas kepada semua orang sehingga suasana menjadi bercelaru apabila masing-masing dengan berani menceroboh rumah orang lain dan mencabul wanita sesuka hati. Istana turut diceroboh dan tanah diterokai sesuka hati sehingga ia rosak tidak mengeluarkan hasil. Apa yang ada pada mereka ialah hidup untuk makan dan mencapai kedudukan serta kekayaan. Pada abad ke 6 Masihi iaitu pada masa pemerintahan dinasti Sasani keadaan bertambah buruk apabila rakyat bergantung kepada ihsan raja-raja yang menganggap darjat mereka begitu tinggi daripada semua anak Adam sehingga nama mereka dikaitkan dengan perkataan yang membawa erti ketuhanan. Maharaja (Emperor) dianggap sebagai manusia nombor satu di mana dia dipuja begitu tinggi sehingga tidak boleh disebut nama asalnya dalam ucapan atau perbicaraan malah raja dianggap daripada keturunan Tuhan. Semua pendapatan negara merupakan milik raja dan kekayaan ini kekal sehingga Yazdagird Raja Iran terakhir di mana ketika beliau lari meninggalkan Madain iaitu ibukota pemerintahannya pada masa serangan tentera Islam, beliau telah membawa lari seribu tukang masak, seribu penyanyi, seribu pengembala harimau, seribu pengembala binatang lain dan sebagainya.Rakyat begitu terseksa kehidupan mereka dibenani cukai sehingga ramai kaum tani lari menetap dikuil kerana lari daripada cukai dan menjadi tentera kerahan.Ramai rakyat yang terbunuh dalam peperangan antara Parsi dan Rom yang berlanjutan begitu lama. EMPAYAR India terkenal pada zaman kunonya dalam bidang sains jiwa, falak astronomi, perubatan dan falsafah dan ahli sejarah turut menyatakn bahawa India begitu merosot dari segi agama, akhlak pada permulaan abad ke 6 Masihi.Agama sudah tidak berfungsi lagi yang menyebabkan pencabulan dan penzinaan yang berleluasa dan wanita tiada harga sehingga dijadikan pertaruhan dalam perjudian, si balu tidak boleh berkahwin lagi alah dibakar hidup-hidup sebagai tanda kesetiaan. Sistem kasta begitu menebal dan kuat sehingga wujud penindasan yang kejam. EROPAH Bangsa di Eropah Barat dan Timur berada dalam zaman kegelapan, buta huruf dan saling berperang sehingga tidak pernah bersua dengan peradaban dan pengetahuan, tidak berurusan dengan dunia luar malah dunia luar tidak tahu mengenai hal mereka. Mereka diselubungi oleh dongengan yang mengelirukan dan tidak suka kepada kebersihan dan tidak suka kepada air untuk pembersihan sehingga ada rahib yang keterlaluan menyiksa badan mereka atau lari memencilkan diri daripada manusia. Mereka masih menyelidik tentang apakah wanita itu binatang atau manusia, wanita mempunyai ruh yang kekal atau tidak, wanita mempunyai hak milik, menjual, membeli atau pun tidak. Sehubungan dengan ini Robert Briffault berkata : " Eropah diselubungi dengan kegelapan kejahilan sejak abad ke 5 M hingga 10 M di mana kejahilan itu meningkat kegelapannya pada abad ke 6 M dengan timbulnya keganasan yang amat mengerikan sehingga lebih ganas daripada zaman purba sehingga kawasan yang dahulunya pernah mencapai peradaban paling tinggi seperti Itali dan Perancis turut menjadi mangsa kepada kekacauan dan kejatuhan itu". Kelahiran Rasulullah s.a.w yang disifatkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam telah merubah segala-galanya di mana dunia yang dulu sempit dihimpit kezaliman dan penindasan telah bertukar kepada keluasan dan keadilan Islam.Dunia yang dulu tenggelam dek kegelapan dan kepekatan dungu dan kejahilan berubah ke arah sinar cahaya ilmu dan pengetahuan. Dunia yang dulu dipenuhi manusia yang dirasuk nafsu kebinatangan mula kembali lembut dengan nilai kemanusiaan. Agama yang dulu dianggap sebagai adat mula bertukar menjadi dasar kehidupan gemilang.
|
Orang Asli Sungai Lembing Dakwa Kehilangan Punca Pendapatan, Kawasan Rayau
'Dipajak' 30 Tahun
-
*KUANTAN: *Sejak kira-kira 50 tahun lalu, kawasan rayau seluas 121.4 hektar
(299 ekar) berhampiran perkampungan Orang Asli Sungai Mas, dekat Sungai
Lembi...
8 hours ago
No comments:
Post a Comment