Monday, November 16, 2009

IBADAT KORBAN(QURBAN=UDHIYYAH) dan BERKORBAN(TADHIYYAH) KERANA MENEGAKKAN ISLAM



Setiap hari lima kali sehari semalam kita membaca selawat ke atas Nabi Ibrahim as dan keluarganya di dalam solat. Tentu adalah hikmat dan tujuan mengapa kita berselawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya mengiringi selawat ke atas Nabi Muhammad saw dan keluarga Nabi Muhammad saw.
Lihat bagaimana ALlah menguji keimanan Nabi Ibrahim dan Ismail as supaya melakukan korban dengan menyembelih anaknya. Sedangkan itulah satu-satunya anaknya sebelum kelahiran Nabi Ishak as. Tetapi kerana perintah ALlah, Nabi Ibrahim as tetap melaksanakannnya. Itulah tanda ISLAM=KETUNDUKAN Nabi Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar kepada arahan ALLah.
ALlah hanya memerintah orang Melayu Islam supaya menyembelih tangan pencuri(melaksanakan hukum HUDUD) tetapi masih ingkar. Lalu bagaimana seseorang itu dikatakan Islam dan beriman tetapi tak yakin kepada hukum ALLah.

Ada ulama yang menyebut 'al-Birr" dalam ayat di atas adalah syurga. Ertinya kita tak akan dapat memasuki syurga kecuali kita sanggup mengorbankan apa yang kita sayang seperti harta, masa, tubuh badan, anak isteri dan lainnya kerana menegakkan agama ALlah.
Untuk berjuang menegakkan Islam, bukan sahaja kena sanggup berkorban bahkan kena BERANI; jangat bacul dan penakut.
Kita bukan sahaja dituntut menyembelih korban(udhiyyah) bahkan hendaklah sanggup berkorban(tadhiyyah).
Sekian, terima kasih. Nota untuk anak murid yang mengikuti kuliah saya.

2 comments:

  1. itu tengah khinzir atau kibsyus ? mata i confius ler...

    ReplyDelete
  2. Minta gambar Khinzir tu dikeluarkan UYE..mungkin orang confius nnti..

    ReplyDelete