Tuesday, January 13, 2009

PEMUDA MELAYU menyokong Israel, pelik?




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Sabtu lepas seorang anak muda bertemu saya. Dia marah kerana di saat saudara seislam di Palestin diganyang, dibunuh dan dizalimi oleh Yahudi ada juga anak Melayu yang memakai pakaian berlambang Israel.

Berikut email beliau kepada saya beserta gambar pemuda Melayu di atas.

salam ust..
seperti yang dijanjikan.. wsalam>>>1/9/2009 10:52 AM >>>Assalamualaikum,Maaf sekiranya saya mengganggu.. tetapi ingin saya kongsikan masalah yang kini "melanda" generasi melayu kita yang secara umumnya "ISLAM" pada masa kini..Gambar yang saya attached bersama-sama email ini menunjukkan betapa "bermasalahnya" masyarakat ISLAM di negara kita kini.Seorang lelaki yang mengaku MELAYU dan ISLAM tergamak untuk menyarung baju yang secara terang-terangan mendukung ideologi YAHUDI ZIONIS yang mendakwa tanah saudara kita Palestin sebagai "HAK MEREKA"!.Gambar ini diambil oleh saya sendiri di Bandar Baru Bangi pada 8 JANUARI 2009 tatkala REGIM ZIONIS sedang bermaharaja-lela membunuh saudara-saudara kita di Palestin.Ketika ditanya samada dia muslim atau tidak.. dengan bangganya dia mengaku bahawa dia muslim dan mengaku bahawa dia mengetahui maksud yang tertera di baju yang dipakainya.. NAMUN.. DENGAN BANGGANYA DIA MENGATAKAN KEPADA SAYA BAHAWA... MESEJ BAJU ITU SEBAGAI..."NOT NICE" Secara jujur saya katakan, saya AMAT MARAH... dengan gaya yang bersahaja dan kurang ajar dia seolah-olah tidak ambil kisah dengan reaksi saya yang amat tidak senang ketika itu..Saya tidak sempurna. tetapi saya sedih apabila masalah sedemikian berlaku secara terang-terangan dalam masyarakat ISLAM kita. Saya seru, agar kita jangan terpedaya dengan DAKYAH KAFIR yang terang-terangan ingin menghapuskan kita.. ingat, letakkan KEPENTINGAN AGAMA DI HADAPAN.. dan yang lainnya dibelakang..** Pemuda itu tidak mahu gambarnya diambil sekali dan saya telah berjanji dengannya.......
Sekian, tk..

No comments:

Post a Comment