Friday, July 16, 2010

PUASA> WARMING UP + AMALI + STRETCHING

Salam teman-teman,

Hebat ajaran Islam. Memang hebat. Hanya yang faham agama sahaja tahu kehebatan ajaran Islam. Tengok bagaimana puasa mendidik dan mengajar kita A, B, C dan tahap-tahap membina diri.

Kita tidak terus diperintahkan berpuasa sebulan Ramadhan tetapi dianjurkan dahulu supaya puasa sunat Sya'ban. Setelah puasa Ramadhan tidak terus berhenti mendadak sebaliknya dianjurkan puasa sunat 6 hari Syawwal. Kalau dalam sukan; Puasa sunat Sya'ban sebagai warm up(memanaskan badan), Puasa Ramdhan sebagai amali/praktikal, manakala Puasa sunat Syawwal sebagai stretching(meregangkan anggota badan). Cantik, memang cantik ajaran agama kita.


Warm Up> Sabda Rasululah saw yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid. "Rasulullah lakukan puasa sepanjang bulan Sya'ban atau melakukan puasa pada bulan itu kecuali beberapa hari saja beliau tidak melakukannya". ( Al-Bukhari dan Muslim).
Amali> Kita dahpun selesai setelah berpuasa Ramadhan 30 hari. Jadi yang tinggal lagi ialah,
Stretching> Kita akan mulakannya......6 hari sahaja. Puasa sunat enam hari dalam bulan syawwal.
Sabda Nabi saw;
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
"Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).


Yang dimaksudkan dengan ad-Dahr (الدهر) ialah as-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.


Penerangan hadith “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”


(Persoalan) Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan. KITA BINCANG DALAM SLOT LAIN insyaALlah.


terima kasih. jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment