Assalamu'alaikum.
Saya perturun beberapa ucap kata Tn Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ketika meresmikan konvensyen di atas pada hari ini 19 Februari 2011 di Dewan MBSA Shah Alam.
Islam tidak menjadikan bangsa sebagai agenda utama perjuangan. Islam nak jaga seluruh manusia tanpa mengira bangsa. Lihat surah al-Hujurat ayat 18.
Perjuangan RasuluLLAH saw adalah ketuanan Islam bukannya ketuanan Arab. Kalau tidak Islam tak berkembang di seluruh dunia. Lihat sahaja, Salman orang Parsi, Suhaib orang Rome, Bilal orang Habsyah.......inilah hebatnya Islam untuk semua.
Perjuangan PAS adalah untuk semua. Islam tidak terhad untuk bangsa tertentu. Walaupun kita tidak menafikan hak bangsa Melayu.
Hakikatnya Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu pun tidak. Mereka mengkhianati hak-hak Melayu khususnya Tanah Rezab Melayu.
Di Kelantan slogan kita Ketuanan Islam bukannya Ketuanan Melayu. Ianya boleh diterima oleh semua pihak termasuk yang bukan Islam.
Kalau rakyat Mesir dan Tunisia boleh menukar pemerintahan maka kita juga boleh juga dengan syarat berlawan di padang sama rata.
Tuduhan PAS bersyubahat dengan DAP. Semenjak lama dulu sebelum bersama DAP, PAS telah dimusuhi. Apa salahnya kita menegakkan Islam di Kelantan sehingga kita dimusuhi.
Bacaan doa oleh Tuan Guru al-Mursyid al-Am.
10.05 pagi.
tapi kebanyakan fatwa nik aziz mengelirukan kebanyakan umat Islam di negara ini.bagilah penjelasan yang betul2 kukuh.ni sekejap kata tu sekejap kata ni..mcm ikut masa.
ReplyDeletesebelum kata ulama menyeliruka umat.. pastikan kita ...benar2 faham dan tidak keliru..
ReplyDelete