Selamat......Semua orang nak selamat, selamat sampai ke detinasi, selamat melahirkan anak, selamat menduduki peperiksaan, selamat pengantin baru, selamat datang dan selamat dan selamat.
Lebih-lebih lagi selamat di dunia dan di akhirat.
Ada tujuh golongan yang selamat di akhirat nanti. Selamat daripada kepayahan dan kegawatan di bumi mahsyar, selamat daripada kepanasan terik matahari, selamat daripada lapar dan dahaga.
Mereka yang selamat itu dinyatakan oleh RasuluLlah saw;
(2)Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya,
(6)Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan
Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya:
"Sesungguhnya aku melihat bahawa kita semua tiada yang membelakang solat (berjama`ah) melainkan orang munafiq yang sedia diketahui kemunafiqkannya atau orang sakit. Sekiranya ia sakit ia akan berjalan (memapah) antara dua lelaki sehingga mendatangi solat (berjamaah). Kemudian ia berkata: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. mengajarkan kita amalan yang benar (sunan al-huda) dan di antara amalan yang benar ialah melakukan solat di masjid yang diazankan padanya." Riwayat Muslim dan Abu Daud.
Nabi saw menyatakan bahawa golongan yang pertama mendapat naungan dan perlindungan ialah Pemimpin Yang Adil. Pemimpinlah yang mendahului senarai kerana pada pemimpin/pemerintah ada dua perkara besar iaitu KUASA dan PENGARUH.
Dengan kuasa dan pengaruh dia boleh mendapatkan apa yang dia mahu, kalau dia mahu. Dia boleh mendapatkan kekayaan bertimbun, wanita jelita dan apa sahaja. Tetapi dia bersabar, bersabar kerana mencari dan mendapatkan sesuatu yang dihajatinya mengikut perintah ALlah.
Dengan kuasa itu dia berusaha untuk menegakkan hukum ALlah walaupun mendapat tentangan dan halangan dari dalam dan luar negara.
Golongan yang kedua ialah Pemuda Yang Beribadat( tunduk patuh kepada ALlah). Orang muda nafsunya besar, hajatnya hebat. Hajat kepada perempuan, pakaian, rumah, kereta dan sebagainya. Muda hanya sekali......kalau tak direbut "rugilah". Inilah masa enjoy, berfoya-foya, berhiburan gelak ketawa, bergaul bebas jantan betina ....seronok, seronok.
Tetapi pemuda ini sabar, tidak mengikut gejolak nafsu jahatnya, tidak diikut perasaan malas untuk beribadat. Di waktu anak-anak muda lain bersorakan/bersuka ria di bandar-bandar, di pusat-pusat hiburan....dia tinggal di rumah kerana menjaga diri dan beribadat kepada ALlah. Masa mudanya dihabiskan untuk perjuangan suci menegakkan Islam.
Benarlah RasuluLlah saw mengingatkan antara lima peluang yang diabaikan ialah MUDA SEBELUM TUA. Nabi saw menyebutnya yang pertama sebagai isyarat ramai orang yang melepaskan "manfaatkan usia muda".
RasuluLlah saw bersabda;
قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.
Maksudnya,” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu (1)masa muda mu sebelum tua mu, (2)masa sihat mu sebelum sakit mu, (3)masa kaya mu sebelum papa mu, (4)masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5)masa hidup mu sebelum mati mu”. -Riwayat Muslim-
Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti kerana masa muda itu penuh kecergasan fizikal dan mental…..peluang yang baik untuk mencari ilmu, pengalaman dan beramal.
Masa muda tidak akan bertahan lama kerana usia akan dewasa dan akhirnya tiba masa tua.
Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya tinggal kenangan….pahit atau manis. Jika masa remaja tidak dipergunakan selayaknya, pasti meninggalkan kenangan pahit di hari tua.
Masa tua segala-segalanya tidak indah….tenaga sudah lemah, selera makan menurun, mata kabur, telinga sudah berat……….akhirnya sering dilanda sakit.
Sahabat-sahabatku...
Tidak lahir golongan pemuda((2)Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya) itu melainkan lahirnya terlebih dahulu lahirnya Pemerintah Yang Adil, pemerintah yang melaksanakan hukum hakam ALlah, pemerintah yang mewarnakan kehidupan ini dengan warna-warna Islam. Masakan lahir anak-anak muda beriman dan berakhlak mulia kalau negara itu dipenuhi dengan kelab-kelab malam, pesta nyanyian maksiat dan sukan yang tidak bermoral. Fikir-fikirkanlah!
Cuba anda renungi ayat di bawah:
"Wahai Tuhan kami, kurniakan kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Surah al-Furqan : 74
salam'alaik,,,ustaz remaja yang bertakwa adalah remaja yang menjauhi dunia dan menumpukan sepenuh perhatian kepada akhirat spt sesetengah pegangan jamaah yang terdapat dimalaysia,,adakah ustaz setuju dgn pendapat tersebut?? boleh ustaz ulaskn? nie email saya infinityvirus.exe@gmail.com
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletesaya juga seorang belia, dan turut berminat nk tau ulasan ustaz pasal soklan kat atas ni.....
send kat saya sekali ye....
gakkobale@gmail.com