Islam memang menganjur umatnya supaya mengembara untuk melihat kebesaran ALlah dan keagungan ciptaanNYA. Begitu juga dapat melihat tempat-tempat bersejarah di dunia ini. Pergilah melancong ke India, China, Indonesia, Mesir TETAPI sebelum itu kenalah melancong ziarah ketiga buah tempat dulu iaitu Makkah al-Mukarramah, Madinah al-Munawwarah dan Baitul Maqdis......maknanya gielah buatlah Haji dan Umrah dulu.
Apa tujuan melancong dan mengembara? Cuba perhatikan ayat di bawah:
Cuba tengok Firaun......hebat, gagah, berkuasa, berharta dan segala-galanya ada. Akhirnya yang tinggal hanyalah 'pyramid' lambang kezaliman dan kejahatannya. Walaupun manusia moden hari ini memiliki kecanggihan teknologi masih tidak mampu menandingi kehebatan Firaun.
Pyramid ada tiga. Untuk membinanya mengambil masa 20 tahun. Ia dibina dengan menyusun bongkah batu empat segi yang berukuran 5kaki persegi yang beratnya 11 pikul. Bangunan pyramid setinggi bangunan 20 tingkat memerlukan lebih kurang 1.5juta bongkah batu. Sumber bongkah batu yang terdekat hanya ada di selatan Mesir iaitu dekat Aswan, 1000 kilometer dari Kaherah. Tebing sungai Nil yang terdekat dengan pyramid ialah sejauh 20 kilometer. Bayangkan bertapa hebatnya orang dahulu kala. Itulah Firaun........apa yang tinggal?
Bersama Firaun ialah menteri-menteri dan tokoh-tokoh koprat yang mengkhianati rakyat serta memerangi Islam yang dibawa oleh Nabi Musa as.
Yang kat bawah ini adalah istana Raja Farouk di Iskandariah, Mesir. Raja Farouk adalah raja terakhir yang memerintah negara Mesir, dia kemudiannya digulingkan. Istana ini katanya mempunyai lebih daripada 160 buah bilik. Dikatakan dia menaikki takhta di usia muda. Dikatakan juga dia sangat 'nakal' dengan perempuan-perempuan. Dia akhirnya tidak kekal di bumi dan mati lenyap.
Hampir semua raja dan pemimpin dunia adalah orang yang jahat dan zalim melainkan yang benar-benar beriman seperti Salahuddin al-Ayyubi yang juga pernah menjadi raja memerintah Mesir pada tahun 1175masehi. Salahuddin jugalah yang memimpin tentera Islam mengalahkan tentera Kristian dalam Perang Salib yang kedua serta membebaskan masjid al-Aqsa serta bumi Palestin. Tembok pertahanan di bawah ini juga dibina oleh beliau di Kaherah Mesir. Beliau mati tidak meninggalkan rumah besar bahkan ada yang menyebut ketika matinya hanya ada beberapa dinar sahaja. Sultan Salahuddin al-Ayyubi benar menghabiskan tenaga dan hartanya untuk Islam dan rakyatnya.
Itulah sedikit yang dapat saya coretkan ketika melawat Negara Mesir baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment