Kita sering lalai dan lupa bila mendapat kesenangan dan memiliki harta yang banyak.
Kita lupa nak ke mesjid solat berjamaah, malas membaca al-Quran, kedekut nak bersedekah, malas menyampaikan ajaran Islam dan macam-macam lagi.
Setengah tu pulak dengan kekayaan itulah mereka buat maksiat......berjudi, minum arak, berfoya-foya dengan betina, mendedahkan aurat, tak solat dan bagai-bagai lagi kejahatan maksiat.
Sedar tak sedar bila masuk lubang kubur......... Benarlah kata TUHAN;
أَلْهَـكُمُ التَّكَّاثُرُ - حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
1. kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -2. sehingga kamu masuk kubur.
Manusia tak pernah puas dengan apa yang ada, kata Nabi saw, لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ ذَهَب Andainya manusia memiliki satu lembah emas nescaya dia mahu lembah yang kedua, ada dua hendak tiga lembah.....puas-puas tak puas, cukup tak cukup sehingga rongga mulut dan perutnya dipenuhi tanah(mati).
Ingatlah kita, harta dan anak-anak adalah ujian. Nabi mengingatkan kita;
يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ: يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ، وَيَبْقَى عَمَلُه
"Yang mengiringi jenazah ke kuburan tiga, maka yang balik semula dua dan yang tinggal satu; yang ikutnya ke kubur ialah anak isterinya, hartanya dan amalnya' MAKA balik semula anak isterinya dan hartanya, dan tinggal bersamanya hanyalah amalnya".
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment