Saturday, October 10, 2009

BERDOA UNTUK KEMENANGAN "BAGAN PINANG"....apatah lagi bila kita dizalimi

Salam.

Tak terkejut kalau musuh mencaci, mencedera dan mengkhianati orang dan perjuangan Islam. Inilah yang berlaku di Bagan Pinang, Port Dickson.






Saya memetik satu kenyataan blog: http://tamantassyabab.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-bermandi-darah.html): BAGAN PINANG, 8 Oktober - Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ........
sekian. tk

3 comments:

  1. minta maaf jika teguran saya membuat anda tersinggung..tetapi saya sebagai seorang muslim saya wajib menegur seseorang yg telah melakukan kemungkaran..

    berdasarkan entry anda tentang berdoa untuk kemengan bagan pinang, tidakkah anda meminta allah buat kerja bagi pihak anda? adakah anda nak jadikan allah sbg kuli anda? kalau begitu sesat..kalau tidak bagaimana?

    baik, anda berdoa nak minta apa? Adakah berdoa mengi’tiqadkan allah berbuat bagi pihak anda? Kalau begitu allah boleh digaghi oleh anda…apa makna sebenar berdoa?? Berdoa nak suruh allah buat kerja bagi pihak anda ke? Tetapi allah tidak pernah mungkir janji…sesiapa yg berdoa pasti doanya mustajab…
    Pohonlah engkau akan daku, nescaya aku akan kabulkan...

    Allah tidak menerima doa orang yg lalai…lalai di sini tidak tahu dan tidak cukup ilmu...
    syarat berdoa mestilah mentaati allah dan beriman kepada allah...
    ketika kamu memohon, ketika itu allah kabulkan...

    syirik pertama mengi’tiqadkan allah akan memberi sekarang, akan datang dan berulang-ulang...
    apabila mengi’tiqadkan allah akan memberi esok,lusa, sekarang kerana pemohon baharu...siapa-siapa mengi’tiqadkan allah perbuatannya berulang2, bermasa dan bertempat maka orang itu telah menyamakan allah dengan makhluk...siapa2 menyamakan allah dengan makhluk dari segi perbuatannya adalah org yang menyekutukan...
    jadi bagaimana kita berdoa tidak syirik?

    Berdoa adalah minta...
    kita boleh minta apa sahaja tapi syarat kena tahu...
    minta rezeki boleh? Boleh...rezeki ada atau tidak? Ada...tapi kena tahu syaratnya...

    berdoa syirik ini adalah orang yang tidak tahu kepada allah...
    tidak kenal, tidak dekat....tapi kita minta,,,sudah tentu tidak boleh....
    walaupun allah itu tempat untuk kita meminta tetapi bukan allah baru bagi...
    jangan kita mengi’tiqadkan kita minta allah bagi, kita minta lagi allah bagi....
    kalau kita mengi’tiqadkan begini inilah yg dikatakan syirik dan sesat..

    kita minta kpd allah seolah2 kita suruh allah bekerja bagi pihak kita...sedangkan pemberian allah sudah diberi...cthnye rezeki...di mana tempat rezeki? Di bwh langit di atas bumi...memang kita bukan maksudkan allah hantar rezeki bergolek2 di rumah kita...tetapi kita mengi’tiqadkan suruh allah buat kerja bagi pihak kita...ini jelas sekali kita jadikan allah itu alat...ini yang dikatakan syirik...

    apabila kita I’tiqadkan bhw allah 'akan' memberi...sama ada sekarang, esok, lusa dan bila2 shj..ataupun di akhirat...kalau kita mengi’tiqadkan begitu tidakkah allah berbuat berulang, bermasa dan bertempat...siapa perbuatannya yang sedemikian? Mahluk...kalau begitu makhluk dengan allah sudah sama....

    jadi, dimanakah tempat untuk org yg menyekutukan tuhan? tidakkah di neraka bukan? bahkan allah berfirman orang yg syirik itu perbuatannya zalim..sesungguhnya perbuatan syirik itu najis...segala amalan ditolak..

    ReplyDelete
  2. yang kedua...allah ini adalah sifatnya gagah perkasa, tidak dapat dipusing....tidak dpt digagahi oleh sesiapapun...maknanya allah tidak bersifat lemah...kalau mengi’tiqadkan allah akan bagi sebagaimana kita minta, bermakna allah ini sama dengan raja...kita dtg jumpa raja mohon tanah....hari ini minta tak dapt, esk dtg lagi smpai lambat laun diberi...itu raja...bermakna raja dapat digagah oleh rakyat jelata...kalau allah begitu sudah allah bersifat lemah...dapat digagah oleh makhluk...apabila dpat digagah tuhan itu bersifat lemah..

    syirik yang ketiga setiap ibadah ada tujuan tertentu maka ibadahnya tidak ikhlas...yg tidak ikhlas ditolak...itu maknanya berbaik2 kpd allah mempunyai suatu tujuan iaitu kepentingan nafsu...nafsu kita pentingnya apa? Senang dunia dan senang akhirat....tidak kira la syurga ke, nak elak dari neraka ke, nak minta keredhaan allah ke(memang rasulullah pernah berdoa meminta keredhaan…tapi kita kena faham betul2 apakah maksud yg sebenar2nya )…itu sudah menuntut sesuatu …maka supaya senang dunia dan akhirat kita mohonlah kpd allah...ibadah itu ditolak kerana tidak ikhlas...berbaik2 kpd allah ada tujuan....
    jadi bagaimana supaya tidak begitu??
    syaitan lagi baik kerana syaitan tidak pernah menyekutukan tuhan...
    sekarang kita berdoa ketika makan....
    ya allah, berkatkanlah oleh mu akan kami...
    dengan apa2 yang kamu rezekikan kpd kami...
    lpaskanlah daripada azab neraka...
    itu bahasa kitanya...mcm mana fahamnya ketika kita melafazkan doa itu?adakah sebagaimana bacaan suruh allah memberi keberkatan?kemudian suruh allah pula melepaskan kita daripada api neraka...bermakna kita modalnya cakap, allah buat kerja....apabila kita minta mengi’tiqadkan allah akan memberi berkat...kalau begitu syirik...
    apa faham berkat?apa itu berkat?
    Berkat itu nilai tambah...apa makna sebenarnya?nilai tambah apa?pasti nilai tambah bukan berbentuk benda...kita tahu bahawa kalau rezeki kita dapat dari sumber yang haram tidak berkat...habis itu kenapa lim goh tong bertambah2?tidak berkat kah? Mafia yang kaya di dunia ni yang kerjanya menyamun tidak berkat? Tetapi kata2 itu betul...benda yang haram tidak akan memberi berkat...berkat itu apa?jangan diapndanng berkat itu bertambah bendanya...

    jadi sekarang kita tengok rezeki belum makan lagi tapi kita berdoa...mengapa kita minta tambah? Wahai tuhan, berkatilah akan kami...kita kan belum makan lagi...berkat itu atas alasan apa dan mengapa? Apa yang kita minta berkat ini...berkat apa?

    ReplyDelete
  3. islam konsisten kebenarannya dapat diterima oleh akal…dalil yg jelas dengan akal adalah seiring…tidak boleh lebih akal, tidak boleh lebih dalil…kerana yg membenarkan islam adalah akal…dan segala tafsiran hadith dan al-quran tidak dapat diterima oleh akal penafsir itu yg salah, bukan al-quran itu yg salah…contohnya, dalam surah an-nahl ayat 69…kalau ayat ini difahamkan air madu boleh menyembuhkan penyakit, maka realitinya tidak…buktinya penyakit HIV, penyakit jantung, penyakit kolera, dan lain2 tidak boleh disembuhkan dengan air madu…jadi siapa2 yg menafsirkan begitu tidak boleh diterima oleh akal sedangkan al-quran adalah relevan buat selama2nya…maka kesalahan itu bukan al-quran tetapi penafsir yg salah…sebab itu rasulullah berpesan siapa2 menafsir al-quran bukan ahlinya bersedialah tempat duduknya di dalam neraka…

    ReplyDelete