Monday, October 5, 2009

SIS(Sister In Islam) MAKIN MELAMPAU.......SIAPA PULAK JAG? Segera siasat!

Aslkm,
Dalam menghadapi Isu Sebatan Kartika, sedar atau tidak, kumpulan-kumpulan NGO bukan Islam dan SIS yang bergabung dalam JAG- Joint Action Group for Gender Equality telah mendesak Kerajaan menghapuskan undang-undang kesalahan jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa melalui memorandum mereka kepada pada PM pada awal Ramadhan lalu. Desakan itu diulangi lagi melalui kenyataan akhbar bersama yang disiarkan dalam The Star bertarikh 1 Oktober. Tuntutan Biadap JAG dan SIS itu sangatlah besar implikasinya terhadap umat Islam di Malaysia.

Beberapa NGO Islam termasuk ALKIS,PGSM, Peguam Muslim, JIM dan ABIM telah mengadakan perbincangan secara mengejut pada 1 Oktober lalu dan telah membuat kenyataan akhbar. Berikut adalah kenyataan akhbar yang di siarkan oleh Utusan Malaysia pada 3 Oktober. http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt= 1003&pub= Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= dn_44.htm (dari emel group ALKIS)

Siasat JAG
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Kerajaan didesak menyiasat Kumpulan Tindakan Bersama (JAG) dianggotai oleh beberapa pertubuhan wanita yang didakwa bergerak secara tersusun dan sistematik untuk menghina dan mengganggu-gugat kedaulatan agama Islam di negara ini.
Siasatan itu perlu melibatkan isu sumbangan dana yang diterima oleh JAG berkenaan sama ada melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu dari luar negara, seterusnya diharamkan jika memang didapati bersalah atas kesalahan menghasut dan secara terang-terangan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Desakan itu merupakan sebahagian daripada keputusan sebulat suara gabungan NGO Islam berhubung kenyataan JAG dalam memorandum mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Ogos lalu.

Memorandum bertajuk Justice For Kartika (Keadilan untuk Kartika) itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri supaya memansuhkan Undang-Undang Jenayah Syariah yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri.

Jurucakap NGO Islam itu, Mohamad Isa Abd. Ralip yang juga Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berkata, pihaknya juga mendesak kerajaan menasihatkan menteri Kabinet dan pegawai kerajaan yang enggan menerima kedudukan Islam sebagai agama negara dan menyokong tuntutan JAG, supaya mengundurkan diri.

Antara lain desakan itu ialah:
*Mendakwa semua pihak yang terlibat dengan tuntutan memorandum tersebut atau apa-apa alasan yang bersifat menghasut dan menghina ajaran Islam.

*Membatalkan permit akhbar dan media yang menyuarakan pandangan bersifat menghasut untuk menghapuskan undang-undang jenayah syariah.

*Bertegas dan bersungguh-sungguh memelihara ajaran Islam dan kedudukannya selaras dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

*Menghormati kebebasan Mahkamah Syariah dan tidak mencampuri urusan keadilan di mahkamah tersebut.

‘‘Memorandum seperti yang dibuat oleh JAG ini sebenarnya pernah dikemukakan kepada kerajaan pada 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang syariah dihapuskan. - Utusan on line 3/10/09

1 comments:

  1. Salam ustaz,

    Sesungguhnya dalam konteks politik, perjuangan kita, perjuangan Islam tidak akan bebas dari gangguan dua puak sesat ini selagi kerajaan UMNO/BN tidak mengambil tindakan terhadap keduanya.

    Masalahnya saya amat yakin UMNO/BN sebenarnya lebih bersekongkol dengan kedua puak sesat ini dalam pelbagai isu menentang hukum Islam.

    Kita perlu robohkan UMNO/BN dahulu kerana di sinilah akar tunjang SIS dan JAG itu.

    ReplyDelete