Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan1987)
Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu.
Antara lain seksyen ini menyebut :-
* Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
* Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
* Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
* Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
* Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
* Pesalah lelaki disebat berdiri manakalaperempuan disebat dalam keadaan duduk
* Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
* Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.
Jabatan Penjara tiada pakar sebat syariah
PUTRAJAYA 25 Ogos - Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor terpaksa ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai pengalaman, kemahiran dan pakar bertauliah yang mampu melaksanakan hukuman syariah atas kesalahan meminum arak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan kes pertama bagi Jabatan Penjara yang hanya berpengalaman luas dalam kesalahan dadah dan rogol.
''Dari segi tanggungjawab, saya difahamkan di bawah Akta Negara memang kita dipertanggungjawabkan tetapi tak mungkin saya benarkan hukuman dilaksanakan kalau kita tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran.
''Perkara ini perlu dibincangkan dengan pihak seperti Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Penjara serta mereka yang pakar dalam bidang ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kartika masih berpeluang merayu

PUTRAJAYA 25 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Kartika Sari Dewi Shukarnor masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Mahkamah Syariah dalam kes melibatkan dia menghadapi hukuman sebat kerana minum arak di Pahang.
Menurut Perdana Menteri, sepatutnya Kartika Sari Dewi tidak terlalu cepat untuk reda dihukum kerana ruang untuk merayu kesnya masih ada.
Peguam Negara arah tangguh sebat Kartika
24/08/2009 3:27pm
KUANTAN 24 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguh bagi menghormati kemuliaan Ramadan.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Datuk Mohd. Sahfri Abdul Aziz hari ini.
Pendakwa dakwa Penjara Kajang halang hukuman sebat
KUANTAN 25 Ogos - Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar hari ini mendedahkan, hukuman sebat gagal dilaksanakan ke atas seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, semalam ekoran halangan yang dikenakan oleh Penjara Kajang, Selangor.
Abdul Rahim yang kecewa dengan keputusan penangguhan itu mendakwa, pengurusan Penjara Kajang tidak membenarkan penjara tersebut dijadikan tempat untuk melaksanakan hukuman mungkin kerana menerima tekanan daripada pihak tertentu.
Tegasnya, penangguhan tersebut tidak ada kaitan sama sekali dengan faktor menghormati bulan Ramadan kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang memutuskan hukuman sebat berkenaan dilaksanakan dalam bulan puasa.
''Kita percaya pengurusan penjara tersebut mungkin memohon mendapatkan arahan daripada Pejabat Peguam Negara supaya hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi ditangguhkan.''Inilah masalahnya apabila berlaku pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah. Penjara adalah milik sivil dan hukuman dijatuhkan berdasarkan undang-undang syariah.
''Kita (syariah) terpaksa menumpang sivil untuk melaksanakan undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas kes Kartika Sari Dewi yang sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang, Selangor dari Ipoh semalam bagi menjalankan hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya 'tidak dapat dilaksanakan sekarang.'
Penolong Pengarah JAIP, Sharifuddin Zainal Ariffin dilaporkan sebagai berkata, hukuman tersebut 'tidak dapat dilaksanakan sekarang' manakala Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Mohd. Sahfri Abdul Aziz memberi alasan kerana menghormati bulan Ramadan.
Berikutan penangguhan itu, Kartika Sari Dewi membuat laporan di Balai Polis Kuala Kangsar untuk mengesahkan bahawa dia tidak lari daripada hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya.
Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating dua tahun lalu.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim memberitahu, berikutan keengganan Penjara Kajang itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada hukuman sebat tersebut dapat dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau sebaliknya. ''Kita tunggu dan lihat kerana saya sendiri tidak dapat memastikan apa yang akan berlaku selepas hari raya nanti," ujarnya.
Ditanya mengapa hukuman itu tidak dilaksanakan di Kuantan, jelasnya, insiden yang sama juga mungkin berlaku apabila terpaksa 'menumpang' Penjara Penor di sini. Dalam pada itu, katanya, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang menyedari dan bersetuju bahawa hukuman sebat itu dilaksanakan pada bulan Ramadan.

Shahrizat sambut baik penangguhan sebat
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyambut baik keputusan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor semalam.
Beliau berkata, ia suatu keputusan yang bijaksana ketika banyak perkara negatif dilemparkan ke atas sistem perundangan syariah negara ekoran kes itu. Pada masa sama, Shahrizat kesal dan terkilan dengan laporan media antarabangsa berhubung kes itu yang memberi gambaran pentadbiran syariah di Malaysia menzalimi golongan wanita.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keputusan menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas Kartika semalam. Ia adalah keputusan bijaksana. "Namun saya terkilan laporan media asing menggambarkan seolah-olah pentadbiran undang-undang syariah di Malaysia zalim terutama kepada wanita. Sedangkan ini adalah satu kes saja," katanya.

Sebat Kartika disemak semula
Oleh SHAHRINNAHAR ABD. LATIButusanpahang@utusan.com.my
ROMPIN 25 Ogos - Penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno semalam dibuat selepas Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan mahkamah terhadap model itu.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Sahfri Abdul Aziz mengesahkan sendiri mengenai perkara itu hari ini.
Mohd. Sahfri berkata, berikutan jaminan itu, Tan Sri Abdul Gani Patail meminta Abdul Rahman supaya hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi di Penjara Kajang yang dijadualkan semalam, ditangguhkan.
Pada masa sama, tambahnya, Abdul Rahman juga memberi jaminan kepada Abdul Gani bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 berhubung kesalahan minum arak di khalayak akan turut disemak oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
''Ketua Hakim Syarie telah memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan hukuman sebat ke atas Kartika selepas Aidilfitri ini.
''Beliau juga memberi jaminan bahawa enakmen berkaitan hukuman sebat terhadap pesalah minum arak akan disemak semula," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Bukit Ibam di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online
FIKIR-FIKIRKANLAH.......siapa sebenarnya yang tidak suka undang-undang Islam ditegakkan.
No comments:
Post a Comment