Kita tukar selera sikit.......bincang poligami sikit. Aku juga dah lama pasang niat nak kawin lebih daripada satu. Bukan aku saje bahkan boleh dikatakan semua lelaki normal berfikiran sedemikian. Pada aku sebab yang paling besar satu sahaja iaitu ianya "halal". Pada aku selaku seorang yang beriman, itulah sebab pertamanya:)
Terbaca artikel tulisan Saiful Islam yang paling banyak mendapat komentar..."Bahagiakan dirimu dengan satu isteri" Artikelnya berdasarkan buku tulisan Cahyadi Takriawan yang berkisar tentang kebaikan monogami dan keburukan poligami...
Perbicaraan tentang poligami yang sentIasa hangat diperkatakan oleh semua orang mengundang diri ini untuk duduk sejenak memikirkan dan mencari penyelesaian...Mungkin masalah itu belum terkena pada diri-sendiri sehinggakan isu tersebut tidak menjadi tanda-tanya yang menggugah rasa untuk mengkaji dan meneliti rahsia disebalik poligami... Huhu~, perkahwinan yang baru berusia 3 tahun belum terpadam bara hangatnya cinta... mudah-mudahan tak terpadam hingga dipanggil oleh yang Esa...Afwan, ana di sini nak meletakkan diri sebagai seorang yang tidak bersetuju dengan kedua-dua tokoh itu tadi...
Seringkali masyarakat suka mencari jalan mudah, terus melabel poligami dengan label-label yang sedikit prejudis seperti "susah", "tak elok", "sunnah", "fitrah manusia", dan label-label lain yang sewaktu dengannya.
Mengapa perlu melabelkan suatu yang telah Allah SWT letakkan label padanya? bukankah Allah telah meletakkan label "halal" pada poligami? Suatu yang halal tak semestinya baik dalam setiap ketika dan keadaan, pada semua orang, dan pada setiap masa. Dalam situasi yang berbeza, orang yang berbeza, waktu yang berbeza suatu yang halal boleh berubah menjadi beberapa hukum yang selainnya. Namun itu tidak menidakkan hukum asal kepada poligami itu halal.
Ambil contoh makan nasi. Makan nasi pada keadaan umumnya adalah halal. Tapi seandainya seorang dipaksa makan nasi sebanyak-banyaknya dengan tujuan penyiksaan, kan situasinya berbeza? hukum makan nasi tetap halal, yang haramnya adalah pemaksaan untuk tujuan menyiksa tadi.Babi yang hukumnya haram, seandainya keadaan memaksa, sehingga salah satu dari maqasid syariah yang utama, iaitu menjaga nyawa terancam, maka sesetengah ulama tak lagi menyatakan hukum makan babi pada ketika itu sekadar boleh, malah jatuh pada wajib, kerana menjaga nyawa hukumnya wajib.
Maka poligami tetap halal, baik atau tidak poligami tadi bergantung kepada timbangan maslahat dan timbangan keburukan daripada poligami itu tadi.Mengapa golongan wanita suka membicarakan soal poligami ini tidak elok, sebaik-baiknya monogami, poligami ini menyiksa, poligami ini menderita, poligami ni duka, poligami ini susah dan berbagai lagi pandangan-pandangan yang berbeza-beza untuk meletakkan atau menempelkan hukum-hukum lain pada poligami itu tadi?
Atau para suami yang secara sama rata, sesetengah menyokong dengan amat sangat dan sesetengah memilih mengikuti kumpulan yang berlawan dengannya untuk mengkeji poligami dengan lebel-lebel yang tidak lagi berasaskan kecuali logik akal dan cerita-cerita kehidupan kawan-kawan yang pernah melakukan poligami sahaja... afwan, ana nyatakan di sini kebanyakan orang, bukan semuanya.
Tak dinafikan ada yang membincangkannya dengan penuh hikmah dan penuh ilmiyah...
Seolah-olahnya poligamilah yang merosakkan suasana, menghancurkan rumah tangga dan sebagainya...
Seolah-olahnya sikap dan peribadi dirinya sendiri tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keburukan yang menimpa...
Seolahnya keimanan dan ketakwaan itu tak punya apa-apa peranan pun dalam masaalah yang menimpa disisinya setelah berhadapan dengan situasi poligami itu tadi...
Seolah-olahnya persoalan poligami itu tadi satu soalan terpisah yang duduk sendirian, tiada sebarang kaitan dengan iman, takwa, ilmu dan hikmah...
"Ajaibnya seorang mukmin, sesungguhnya setiap perkara yang berlaku padanya adalah kebaikan, jika dia diberikan nikmat maka dia bersyukur, dan kesyukurannya itu baik untuk dirinya, sekiranya dia ditimpa musibah lalu dia bersabar maka kesabarannya itu baik untuk dirinya..." (HR Muslim)
Susunan hadith yang sungguh indah, bahawa tidak semua nikmat itu baik. Hanya nikmat yang disyukuri sahaja yang baik. Dan erti syukur adalah dengan berterima kasih dan menggunakan nikmat itu tadi dengan sebaik-baiknya...Dan tidak semua musibah itu buruk, musibah yang buruk itu hanyalah musibah yang menimpa orang yang tidak bersabar. Sekiranya dia bersabar maka musibah tadi adalah kebaikan bagi dirinya. Manakan musibah tadi tidak menjadi kebaikan bagi dirinya sedangkan musibah itu menghantarkan dirinya untuk lebih dekat kepada pencipta?Seorang yang betul2 beriman, duduklah dia dalam situasi apa sekalipun, akan berbahagia.
Mari kita kembali kepada pokok permasaalahan yang menimpa, sebenarnya bukanlah poligami itu yang patut dipersalahkan, keimanan peribadi yang melaluinya, itu yang sebenarnya menjadi titik utama dalam menjadikan rumah tangga itu bahagia atau derita...
Kalau suami itu memang sudah berperangai buruk, tidak beriman, dan pelbagai lagi sikap buruk yang ada pada dirinya, tak perlu tunggu poligami, sebelum poligami lagi anda akan merasakan bahangnya...
Kalau suami itu seorang yang benar-benar beriman, berpoligamilah banyak manapun, kebaikan akan turut menyertainya... kerna dia tidak akan mengambil keputusan poligami seandainya lebih banyak keburukan yang akan didapati dari poligami tadi berbanding kebaikan yang ada di dalamnya.
Mengapa ingin mencari jalan pintas dengan mengikat kaki suami? menyatakan yang halal itu sebagai suatu yang buruk, atau tidak sampai melebel buruk, cuma poligami ini kalau dah betul-betul dalam keadaan memaksa baru ada baiknya? perkara sebegitu adalah apa yang Allah akan kategorikan sebagai perkara yang haram tetapi ada rukhsahnya, atau perkara haram yang dibolehkan dalam keadaan darurat...Sedangkan hukum poligami itu sudah asalnya memang halal, mengapa dipersoalkan lagi? Ia bukan suatu yang wajib, malah sepanjang pengetahuan ana tiada pun hadis yang menyatakan ia digalakkan, maafkan ana kalau sebenarnya ada dan ana belum pernah menjumpainya. Diri ini masih terlalu kurang. Allah SWT meletakkan labelnya sebagai halal.
Mari kita kembali kepada intipati kebahagiaan dalam rumah tangga, ia adalah sakinah, mawaddah wa rahmah...Ketenangan dalam rumah tangga yang menyejukkan jiwa...Aroma kasih sayang yang memenuhi seluruh ruang rumah tangga, yang mencukupkan dahaganya seorang manusia kepada fitrahnya...Dan rahmat dari Allah SWT yang Allah limpahkan kepada mereka yang dikasihinya, ie orang yang beriman...Seorang suami yang beriman dan bertakwa, tak mungkin cuma suka-suka melakukan poligami cuma untuk memenuhi tuntutan nafsunya tanpa memikirkan natijah disebalik perbuatannya. Andai tiada bahagia dalam rumah tangga, salahkan imanmu dan iman pasanganmu sebelum meletakkan label dan menzalimi hukum Allah SWT...
Afwan(maaf) atas tulisan yang kalau antum menganggapnya sebagai tidak berhikmah atau apapun kesilapan lain yang mungkin ada. Hanya seorang hamba yang kerdil lagi hina cuba untuk mencari kebenaran dengan membela apa yang paling diyakininya benar...Andai ada kesalahan diminta teguran... mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam jalan mencari keredhoan Sang Pencipta...
Disalin dari: http://pernikahanbarakah.blogspot.com/2008/09/terbaca-artikel-tulisan-saiful-islam.html
Posted by amadbukhori at 9:21 AM Labels: poligami
saya rasa kalu ada niat nak poligami kena plan sebelum dapat cucu, kalau tidak ia akan menimbulkan perasaan serba salah (tapi halalnya masih terbuka...)
ReplyDeleteANA PUN RASA NAK BERPOLIGAMI LAH USTAZ,TAPI MAK MERTUA ANA MESTI ANGKAT PARANG AWAL-AWAL.....HAHAHAHAHA......
ReplyDeletesalam. niat kena betul, doa mesti byk. biar ana cuba mulakan. ok. tk
ReplyDeletePayaohlah macm ni.... mu ustaz dok crite pasal nikoh ja. Hok tu ja yang mu tau. Kalu mu gi make luar pun ore mana tau. Mu lah manusia yang pandai simpan rahsia. Aku tau semuo, sebab mu kawe ambo. Mu aku ingat tok payoh politik lah, buat rusok ore ja. Busuk namo parti PAS.
ReplyDeleteSLM.. ISU POLIGAMI X JD PROB PADA LELAKI TP PADA WANITA..MADU ADA KETIKA JADI UBAT TP TERSALAH MAKAN DGN BENDA LAIN IANYA JADI RACUN...SEBENONYA ORG KITE MASIH X MAMPU NOK TARBIYAH ZAUJAH MASING2 KETAHAP BOLEH BERPOLIGAMI...TU LA PROBLEMNYA. ANA RASA BUAT MASA NI PIMPINAN PAS JGN FIKIR BAB NOK 2, 3 KRN NANTI SERABUT PALA DUK SETTLE ISTERI YG BUAT ONA..HINGGA TERTINGGAL KEJE ISLAM..
ReplyDeleteNAPA PUAK UMNO NI KOMEN...X BERAKHLAK ??FITNAH YG BUKAN2..SAYANG TP PENAKUT NAK PAMIRKAN DIRI....ANA DUK DEPAN USTAZ JIKA KOMENTAR NI PELAWA DIRI NAKBERTEMPUR..ALLAHUAKBAR
Terima kasih atas tulisan ayah ni..kite setuju jugak wpun kite tahu bukan senang nak terima hakikat kalau suami madukan kite..Tapi kan, ayah ni nak tambah isteri ke?hehe
ReplyDelete