Thursday, July 2, 2009

FOTO KENANG-KENANGAN sewaktu ditukarkan ke Sabah 30 Julai 2002

Salam kawan-kawan,

Sambil-sambil aku mengemaskinikan inbox email. Aku terpandang email lama, email 7 tahun dulu yang aku tak delete-delete. Email itu dihantar oleh cikgu Awang, cikgu se sekolah(SMK Tanah PUtih Kuantan). SMK Tanah Putih sekolah terakhir yang aku mengajar di Semenanjung. Sekolah terakhir sebelum aku bersara awal ialah SMK Kota Marudu Sabah. Foto kat atas tu cikgu2 SMK Tanah Putih. Dari kiri cikgu Ibrahim(skrg dah jadi pengetua), aku, awang n zamri.

Email itu diattachkan bersama-sama gambar-gambar sewaktu menghantar aku di airport Kuantan Pahang pada 30 Julai 2002.

Nak cerita sedih, memang sedih. Bukan marah, bukan sakit hati, bukan penakut tetapi sedih. Sedih kerana berpisah dengan sahabat-sahabat seperjuangan lebih-lebih lagi anak isteri. Masa itu aku ada 10 orang anak, 5 lelaki dan 5 perempuan (Foto: yang pakai baju oren tu anak bongsu aku Saifullah, sebelahnya Habibullah anak ke 2). Terima kasih banyak-banyak kepada isteri ku Puan Faridah Kamruddin yang banyak berkorban masa dan perasaan. Dia tetap ibu mithali. Hari itu 30 Julai 2002; aku tidak tahu berapa ratus orang yang mengiringi pemergian ku ke Sabah. Maybe sekitar 200 orang lebih. Tauke waktu itu ialah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi(Timbalan Ketua Pemuda Pahang, masa tu aku ketuanya). Dah jadi demontrasi pulak....marah kerana UMNO tukarkan pemimpinnya ke Sabah. Notis pertukaran tak sampai sebulan.
Semuanya itu kerana DENDAM KESUMAT POLITIK umno kerana hilang banyak kerusi dalam PRU10 1999 khususnya di Pahang. Kesian pulak kat Ustaz Nasrudin kerana menanggung kerja parti sebagai pemangku Ketua Pemuda Pas Pahang. Tantawi waktu itu dah biasa pakai jubah dan serban. Sekarang nie....pakai juga melihat kesesuaian. Tahniah kepada Ustaz Nasrudin kerana kini menjadi Ketua Pemuda Pas Malaysia. Moga ALlah sentiasa memelihara dan memberi kekuatan kepada mu. Aku sangat memahami perasan dan lubuk hati Tantawi tetapi tidak semuanya boleh aku nyata dan luahkan kepada orang lain. Terkadang ianya hanya menjadi rahsia antara aku dan dia sahaja. Banyak juga tindakannya yang disalah faham oleh ahli-ahli.
Sebelum menaiki pesawat ke KLIA n then ke Kota Kinabalu aku menyampaikan ucapan ringkas. Kat foto di atas tu kelihatan Ustaz Fadli(sekarang Ketua Pemuda Pas Kuantan) menyampaikan ucapan selaku pengerusi. Kelihatan di belakangnya Tantawi. Aku hanya buat ucapan ringkas. Kami bersalaman dan berpelukan. Ada yang menangis, ada yang sedih, ada menahan sebak......yang aku diberitahu ada sahabat-sahabat rapat yang menangis dalam kereta masing-masing on the way balik ke rumah. Moga itu menjadi tanda keikhlasan persahabatan kita. Aku tahu nama-namanya tetapi biarlah dia menjadi rahsia aku dan sahabat-sahabat tersebut.
Aku tak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghantar aku ke airport. Antaranya kepimpinan Dewan Pemuda Pas Pahang dan Pas Kawasan Kuantan/Paya Besar. Dari kiri Ustaz Junaidi, Ustaz Ramli, Tantawi, Johari Wahid(SU aku dulu, kini dan selamanya maybe), aku, YB Hamdy, YB Cikgu Aziz dan Cikgu Sulaiman. Terima kasih pada kalian.
Itulah sedikit kenangan pahit dan manis. Pahit dan manis dalam kehidupan adalah sebahagian daripada bahan Tarbiyah, tarbiyah secara amali. Lebih-lebih lagi sewaktu aku berada di bumi Sabah. Aku ke sana berseorangan tanpa isteri dan anak-anak sehinggalah aku bersara pada Mac 2004. Ya ALlah! Terimalah sedikit pergorbanan ku ini, ampunilah dosa-dosaku serta jadikanlah aku orang yang layak bertemu MU dan mendiami syurgaMU di akhirat nanti. Jadikanlah anak cucu aku mereka yang beriman, sabar dan berani menegakkan agamaMU. tk

5 comments:

  1. Ya Allah , masih tersimpan segala memori indah berpilu ini. membacanya membuatkan air mata ini kembali mengalir mengenang sebuah persahabatan yg sangat tinggi nilainya .

    Semoga persahabatan ini terus mantap dan kukuh bersemi biarpun sering berjauh lantaran ketatnya jadual perjuangan yg kita dokong ini .

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Sememangnya sangat manis walaupun pahit bila mengenangkan liku-liku perjalanan dalam dakwah ini.
    Ana tetap bersama enta walaupun kini di medan yang agak berlainan. tk

    ReplyDelete
  3. salam ayah..terharu kite m'bacanya..tergamit kembali memori lalu..tak dapat kite gambarkan, betapa susahnya hidup tanpa seorang ayah di sisi..tambah2 lagi, adanya adik2 masih kecil..mak
    lah yang menjadi ibu..juga menjadi ayah..teringat kite, masa ayah di sabah, ayah selalu mengutuskan surat buat mak dan kami adik-beradik..setiap orang akan dapat surat masing2..bila nak baca surat, semuanya baca sorok2..sebab tak nak nangis depan yang lain..berulang kali kami baca surat yang sama, demi mengubat rindu pada insan yang bergelar ayah..ayah, terlalu banyak pengorbanan ayah buat kami..kami bangga, kami bersyukur, kami bertuah kerana memiliki ayah..ayah bukan sahaja menjaga makan pakai kami, tetapi juga mertarbiyah kami dengan cara hidup Islam..kite akui, ayah mmg amat tegas..dulu, masa kecik, kite tak faham..napa ayah garang?napa ayah tegas?napa ayah marah..tapi, bila besar, kite dah faham..ayah sebenarnya nak yang terbaik buat kami..hasilnya, lahirlah kami sebagai mujahid2 dan serikandi2 di bumi Allah ini..terima kasih ayah..kite sayang ayahhhh..sayanggggg sangattttt..hehe..muahhhh..

    ReplyDelete
  4. Ye..kite yang nakal ni pun dah baik dah skrg.hehe..mak sabar je.patut lah ayah sayanggg bangat pada mak..moga berbahagia dunia akhirat..

    ReplyDelete
  5. SYOK GAK TENGOK DAN BACA CORETAN LALU...SEMOGA APA YG umno bn BUAT KAT USTAZ DIBERIKAN GANJARAN DOSA YG BANYAK KEPADA MEREKA YG MENZALIMI USTAZ ...ALLAHUAKBAR....TOLONG LINK BLOG INI KAT BLOG USTAZ..http://pascawangankeratong04.blogspot.com/ TQ

    ReplyDelete