Thursday, July 30, 2009

KEZALIMAN WAJIB DITENTANG - Tantawi

Salam kawan-kawan,

Moh kita baca sedikit coretan tentang kezaliman oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi;

1. Kezaliman adalah suatu kejahatan dan jenayah yang wajib ditentang habis - habisan biarpun siapa yang melakukannya . Atas nama apa sekalipun , kita tidak boleh membenarkan kezaliman berleluasa .

2. Kezaliman ditentang melewati batas agama , bangsa dan bahasa malah sempadan negeri . Tiada kezaliman terpilih untuk ditentang tetapi semua bentuk kezaliman ditentang . Kecil besar , sikit banyak , kezaliman tetap kezaliman dan ia mesti ditentang .

3. Baru - baru ini negara dikejutkan dengan kematian misteri Mendiang Teoh Beng Hock dan mengundang kemarahan rakyat lantas menuntut sebuah Suruhan Jaya di Raja segera ditubuhkan .
4. Saya setuju! segera tubuhkan suruhanjaya tersebut dan bukan sahaja menyiasat kaedah siasatan SPRM tetapi siasat punca kematian Teoh Beng Hock secara telus , adil , bebas dan benar .

5. Namun dalam masa yang sama , saya menyeru semua agar kita tidak lupakan kezaliman - kezaliman yang lain .

6. Tentu kita masih ingat kematian Mendiang Anathan Kugan dalam tahanan lokap polis . Begitu Suwandi yang hampir terbunuh ditembak dalam satu himpunan aman di Batu Buruk . Di luar negara pula ialah ummat Islam di palestine dan Xin Jiang yang menjadi mangsa belasahan manusia zalim . [ sekadar menyebut beberapa contoh ] dan banyak lagi kes . Kematian di dalam lokap negara kita juga semakin meningkat mutaakhir ini .

7. Mangsa ISA juga adalah mangsa kezaliman . Mangsa yang perlu pembelaan dari kita semua . Bukan sahaja yang ditahan tetapi juga keluarga mangsa yang tidak kurang juga tekanan dikenakan ke atas mereka selain beban rutin yang terpaksa dipikul sepanjang ketiadaan suami mereka yang merengkok dalam penjara tanpa dibuktikan bersalah .

8. Ertinya kita semua mesti jujur dalam menentang kezaliman . Bukan kezaliman terpilih . Jangan pilih kezaliman mengikut bangsa , kaum , agama atau sempadan negeri untuk ditentang . Sebaliknya kita wajib bangun menentang semua kezaliman di mana jua ia berlaku dan apa pun jenis kezaliman tersebut .

9. Menentang kezaliman juga bukan berasas apa - apa kepentingan melainkan hanya satu kepentingan iaitu untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan atau keamanan . Ia adalah cahaya yang terpancar dari keagongan Allah swt dan rahmatNya .

10. Penentangan terhadap kezaliman juga bukan untuk menjadikannya sebagai batu loncatan mencari pengaruh dan menjadi hero tetapi adalah pembelaan suci yang menjadi tuntutan agama dan amanah perjuangan yang mesti ditunai . Ayuh kita tentang kezaliman !
Bangkitlah wahai pemudaku !
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

No comments:

Post a Comment