Saturday, July 14, 2012

Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren



Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
himpunan oren marchKumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
NONEPeserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
mohamad sabu tuan ibrahim himpunan orenSekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.
Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara dua buah kenderaan Istana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Wakil berkenaan, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan peserta Himpunan Oren kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.

Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini.

[Berita penuh menyusul]

Source: http://www.malaysiakini.com/news/203638
Baca Selanjutnya...

Himpunan Oren


Peserta perhimpunan dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan daripada mereka dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.
FMT ALERT
KUALA LUMPUR: Seramai lima ribu orang menyertai ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Perhimpunan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul di perkarangan masjib tersebut sejak 1.00 tengahari  tadi dan berjalan ke arah Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan bantahan penyenaraian itu.
Mereka telah dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan dari mereka dibenarkan untuk memasuki kawasan Istana untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Pihak polis, yang memantau perhimpunan tersebut, membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Kemudiannya di tempat letak kereta itu, polis membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin NGO dan parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang.
Peserta himpunan sekali lagi dibenarkan polis berarak menuju ke pintu belakang, pintu 3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer.
Perarakan itu berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada pintu 3 Istana Negara dan hanya lapan wakil sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum.

Mohon Agong campurtangan

Himpunan Oren itu diadakan bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda.
Perhimpuan itu merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian FGVH di mana saham-sahamnya telah pun diapongkan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.
Selain Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 NGO lain turut menyertai perhimpunan tersebut.
Semalam pihak polis memberi lampu hijau untuk perhimpunan tersebut dengan beberapa syarat.
Koordinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata himpunan itu dibenarkan setelah mengadakan perbincangan hampir dua jam antara pihaknya dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, OCPD Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, serta 20 pegawai polis lain di Balai Polis Kepong semalam.
Memorandum, yang diserahkan itu mengandungi tuntutan lapan perkara iaitu meminta pemecatan Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, membatalkan pinjaman bank peneroka, membatalkan cagaran tanah Felda Plantations, menyelesaikan tuntutan peneroka, menghapuskan hutang peneroka, melindungi tanah peneroka, memberi jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga serta membubarkan Felda Plantations dan membuka Felda baru untuk generasi baru Felda.
MENYUSUL LAGI

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/14/lima-ribu-sertai-himpunan-oren/
Baca Selanjutnya...

Friday, July 13, 2012

Hudud dan politik - Presiden PAS

Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil. Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad. Kesedaran sepatutnya berlaku dengan merebaknya jenayah yang menakutkan dan penjenayah yang tidak takut kepada undang-undang yang ada walau pun hukumannya lebih keras daripada hudud, seperti hukuman gantung mati mandatori kepada pengedar dadah. Bahkan tidak ada rasa gerun terhadap anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang, sehingga rumah pegawai tinggi polis juga menjadi mangsa yang sama dan dadah boleh diedar ke dalam lokap, penjara dan pusat seranti. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan undang-undang itu kerana mendidik masyarakat bukan menghukum tanpa mendidik walau pun terlalu keras hukumannya, ia tidak memberi kesan kepada penjenayah dan bakal penjenayah.


Hudud adalah salah satu daripada tiga jenis undang-undang jenayah yang dibahagikan oleh hukum Islam iaitu, qisas, hudud dan takzir. Menurut hukum Islam, politik adalah syarat melaksanakan undang-undang  jenayah. Salah satu daripadanya ialah hudud, saperti juga politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Apabila Allah tidak menurunkan ayat-ayat hukuman jenayah termasuk hudud ketika Rasulullah S.A.W. berada di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Rasulullah juga tidak melaksanakan mana-mana undang jenayah ketika berada di Makkah. Maka mengikut hukum Islam tidak diizinkan bagi seseorang bahkan haram berdosa sekiranya menangkap pencuri di rumahnya dan melaksanakan hukum hudud sendiri. Begitulah juga terhadap penjenayah yang lain. Pelaksanaannya mewajibkan penyiasatan dan kehakiman yang adil dibawah kuasa politik yang mengadakan kerajaan yang sah berdaulatnya. Maka Rasulullah S.A.W. terpaksa berhijrah ke Madinah setelah dihalang berpolitik di Makkah.  Boleh jadi mereka yang melarang hukum hudud dipolitik itu jahil ilmu politik, khususnya politik Islam.


Ada pun MCA yang menuduh Umno sudah hilang akal, menandakan Umno tidak berdakwah. Ini kerana politik tidak dihubungkan dengan dakwah. Sebenarnya Umno tidak hilang akal, tetapi akalnya datang semula setelah hilang. Tahun 80-an pernah seorang wakil rakyat Umno daripada negeri Johor mencadangkan wanita diberi pakai cawat besi.  Di waktu itu hukum hudud dianggap jumud atau tidak bertamadun dan berbagai-bagai kenyataan songsang dikeluarkan mereka. Namun kita mengharapkan ia timbul kerana kejahilan mereka. Bagaimana pula dengan ahli-ahli biro agama Umno yang diam membisu atau bersilat di hadapan Allah bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan, atau dengan ungkapan 'kami pun mahu melaksanakan juga, tetapi belum tiba masanya'. Sekarang sudah lima puluh tahun lebih Umno memimpin negara, masih belum tiba masanya.


Bersyukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mencetuskan kesedaran kembali kepada Islam, sehingga suaranya bukan sahaja berjaya menerima kedatangan beberapa tokoh Umno untuk menyertai PAS secara terbuka atau secara senyap, tetapi juga menerima kedatangan kalangan pagawai kerajaan dan para ilmuan. Tercetusnya suara pelaksanaan Islam dalam diri Umno menandakan suara PAS sudah masuk ke dalam telinga mereka yang berada dalam bahtera Umno. Mengapa masa lebih setengah abad bahtera Umno masih tidak sampai ke destinasi melaksanakan Islam yang ditunggu-tunggu? Mungkin laksana mereka yang menaiki bas ekspres yang tidak membaca tiket yang dibeli atau apa yang ditulis ke mana arahnya politik kenderaan Umno.


DAP yang bergaul dengan PAS menentang hukum hudud secara terbuka dan berhujah dengan tegas. PAS terpaksa menjawab hujah DAP dan melayan media Umno yang mahu melagakan PAS dengan DAP. Namun tidaklah sampai DAP menuduh PAS hilang akal sebagaimana MCA sebut kepada Umno.
Presiden PAS

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 13 Jul 2012

Source: http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/11655--hudud-dan-politik
Baca Selanjutnya...

Thursday, July 12, 2012

PAS kepada Ikhwan: Kemenangan beri inspirasi kepada semua



(Rombongan Presiden PAS bertemu Dr Mehdi Akif, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di rumahnya)
KAHERAH: Kemenangan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir memberi inspirasi bukan sahaja kepada PAS, malah seluruh parti Islam di seluruh dunia.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan ini juga penting kepada politik Islam memandangkan Mesir merupakan sebuah negara yang terlibat dalam percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia.

"Kedatangan ini satu penghargaan kepada gerakan Islam di Mesir khususnya Ikhwan atas kemenangan yang dicapai.

“Kemenangan ini tidak sama dengan kemenangan gerakan Islam di tempat lain kerana faktor georafinya, politiknya, jumlah kependudukannya yang ramai dan kebergantungan kuasa barat terhadapnya,” katanya.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif di kediamannya di sini semalam.
(Dr Mehdi Akif bercakap intim dengan Ustaz Abdul Hadi dan Dr Syed Azman)
Selain menyampaikan penghargaan dari PAS, pertemuan itu juga bagi mendapat gambaran sebenar perkembangan di Mesir khususnya terhadap laporan media yang menggambarkan sedang berlaku pertembungan antara Mohamed Mursi dengan tentera.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat serta wakil rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Speaker Dun Kelantan Datuk Nassruddin Daud.

Dalam pada itu, Mehdi Akif berpendapat, kemenangan gerakan Islam di Mesir termasuk Presiden Dr Mohamed Mursi merupakan perancangan dan kekuasaan Allah SWT.

Katanya, jika dilihat dari segi logik, memang sangat sukar untuk gerakan Islam Mesir termasuk Mohamed Mursi untuk menang dalam keadaan tekanan dan perancangan jahat dari pihak musuh.

“Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang melangkau semua perancangan pihak-pihak yang tidak mahu gerakan Islam menang di Mesir.

“Tiga bulan sebelum pilihan raya presiden, media masa serang Ikhwan sama ada dalam mesir dan luar. Maknanya kalau melihat kepada keadaan, dari segi logiknya memang sukar untuk Ikhwan dan parti Islam menang pilihan raya,” katanya.

Mengulas laporan media tentang perkembangan semasa Mesir, Medi Akif berkata keadaan sebenar yang berlaku tidak seteruk  apa yang dilaporkan.

Sebaliknya, pentadbiran Mohamed Mursi sangat menghormati institusi di bawah kerajaan termasuk tentera, kehakiman dan perlembagaan negara.

Sementara itu, pertemuan hari ini adalah bersempena lawatan rasmi Presiden PAS ke sini selepas Ikhwan berjaya mencapai kemenangan dalam pilihan raya lalu.

Bertemu pelajar



Selain bertemu pimpinan Hamas dan Ihkwan, Tuan Guru Abdul Hadi malam tadi turut dijemput ke program dialog bersama mahasiswa Malaysia di sini.
(Antara pelajar Malaysia di Mesir yang mendengar ucapan pemimpin PAS)

Hampir 3,000 mahasiswa dari seluruh Mesir hadir dalam pertemuan itu yang disifatkan jarang-jarang berlaku.

Malah himpunan mereka semalam juga berjaya mengutip sumbangan lebih RM8,000 yang diserahkan kepada Presiden PAS untuk membantu dana pilihan raya.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11604-pas-kepada-ikhwan-kemenangan-beri-inspirasi-kepada-semua
Baca Selanjutnya...