KUALA LUMPUR, 25 April - Mahkamah Tinggi hari ini mendedahkan Profil
DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur
Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pasukan pendakwa
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada
16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA
“Lelaki Y”. “Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini. Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika
tuala, berus gigi dan botol air mineral diambil. Ahli kimia
Dr Nor Aidora Saedon dan
Supt Amidon Anan dipanggil bagi mengenal pasti barangan berkenaan yang ditandakan sebagai
bahan bukti. (Sumber - http://pahangdaily.blogspot.com/2011/04/panas-peguam-anwar-sankara-nair-bongkar.html)
Bolehkah nak sabit kesalahan hanya berdasarkan DNA? Lihat pandangan Islam:Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah hudud seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.
Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
tk.
Baca Selanjutnya...