Wednesday, September 23, 2009

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (iv) Hari Raya Pertama ....singgah ke Melaka.

Salam teman-teman.

Perjalanan ke Melaka Pindah amat memboringkan kerana 'traffic jam'. Kami tiba di Melaka Pindah pukul 2 lebih. Be4 tiba di Melaka Pindah isteriku mecadangkankan agar nanti kami sekeluarga berhari raya ke Endau Mersing iaitu ke rumah isteri ku yang kedua.

Di sini kami bertemu dengan Mak Tiri dan adik beradik Puan Faridah Kamaruddin. Ada seramai lapan orang adik beradik. Ayah yang sama tetapi mak lain. Ayahnya kawin lain setelah kematian bondanya.
Lebih kurang pukul 3.30 petang kami berangkat ke BBB(Bandar Baru Bangi) menggunakan highway, mana tidaknya dah letih.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, September 22, 2009

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (iii) Hari Raya Pertama ....singgah sambil ziarah keluarga Tantawi di Felda Keratong 5

Salam teman-teman dan sanak saudara,

Setelah bergerak dengan tiga buah kereta(AER9802, WJJ9367 dan DBE8903) dengan kekuatan tentera seramai 17 orang, kami selamat tiba di rumah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi lebih kurang pukul 10.00 pagi.
Baru tiba di halaman rumah Tantawi, sambil-sambil menjeling pokok Sukun yang biasanya dikirimkan buahnya oleh Pak Hassan untuk kami sekeluarga terutamanya bila saya berkuliah di gugusan Felda Keratong.
Gembira riang bersama isteri dan anak cucu melangkah masuk ke rumah ayah Tantawi. Begitulah gembiranya bila berjumpa sahabat karib ku.

Kanan sekali, saudara Juhari aktivis PAS Keratong 4, moga kita terus menguntum senyum di akhirat nanti, walaupun kadang-kadang kita derita di dunia demi kerana sebuah perjuangan menegakkan Islam.
Sejurus kami tiba, datang pula keluarga Juhari bersama anak isterinya dan anak-anak perempuannya.
Jam hampir menunjukkan pukul 11 pagi, kami mulai beredar untuk meneruskan perjalanan ke Melaka menerusi Pasir Besar.
Sekalung tahniah, ribuan terima kasih kepada Haji Hassan dan keluarga atas layanan yang sungguh istimewa. Masih terasa sedapnya Soto, Nasi Himpit, Rendang dan lain-lain. tk
Baca Selanjutnya...

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (ii) Hari Raya Pertama ....singgah solat Raya di Muazzam Shah

Salam teman-teman,

Seawal jam 7.00pagi semua anak cucu sudah siap untuk berangkat ke destinasi utama iaitu Beranang Selangor. Beranang adalah bumi kelahiran isteriku Puan Faridah Kamaruddin. Beliau dilahirkan tanpa adik beradik kerana lebih kurang 50hari ibunya meninggal dunia.

Untuk menjimatkan masa dan memanfaatkannya sebaik mungkin(dalam perjalanan ke Selangor) kami singgah menunaikan solat Hari Raya di surau Desa Teratai Muazzam, Surau Muhajirin namanya. Di sinilah berkumpulnya anak-anak didik Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.
Sesi mengambil gambar (baju baru katakan) bersama anak cucu Toki(gelaran datuk bagi orang Trengganu). Ustaz Ishak(foto di bawah) sedang menyampaikan khutbah Hari Raya setelah mengimami solat Hari Raya Fitrah. Solat bermula jam 8.45 pagi.
Sekitar jam 9.30 pagi sesudah selesai solat Hari Raya, kami berangkat ke Keratong 5. Di Keratong 5 tempat tujunya ialah rumah Haji Hassan. Haji Hassan adalah ayah kepada Ustaz Nasrudin Ketua Pemuda Pas Malaysia. tk
Baca Selanjutnya...

RAYA FAMILI UYE TAHUN 2009(1430H) - (i)berbuka puasa hari terakhir Ramadhan 2009

Salam kawan-kawan dan sanak saudara,

Hari ini Sabtu 19hb September merupakan hari akhir berpuasa Ramadhan untuk tahun 2009 bersamaan 1430 hijriah.

Foto-foto di bawah adalah kenangan uye sekeluarga(2 + 11 + 2 + 2 = 17 0rang). 2 suami isteri, 11 orang anak, 2 menantu lelaki dan 2 cucu. Moga Allah terus memberkati keluarga uye(Ustaz Yusof Embong). Aamien ya Rabb.

Gambar yang kat bawah-bawah tu ialah gambar berbuka puasa hari akhir Ramadhan..
























































Baca Selanjutnya...