Tuesday, May 1, 2012

Peneroka terjerat dengan Borang pinjaman saham FGVH



Source: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.206892809428374.45750.100003229707933&type=1
Baca Selanjutnya...

Generasi kedua, ketiga Felda diseru bangkit



TEMERLOH, 30 April: Apakah generasi kedua dan ketiga Felda faham kesan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) terhadap masa depan mereka?

Apakah mereka sudah menilai kesan tindakan Barisan Nasional itu dengan apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga?

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menggesa generasi kedua dan ketiga Felda untuk bangkit menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kerana ia adalah satu rampasan kepada hak mereka.

“Tindakan ini serentak dengan pengumuman durian runtuh kepada warga Felda untuk melupakan bahawa tanah peneroka akan dicagarkan selama 99 tahun ke Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.

"Dalam erti kata lain, cadangan penyenaraian FGVH bakal menindas generasi kedua dan ketiga Felda, kerana selepas durian runtuh sekali ini sahaja, hasrat mereka untuk memiliki tanah tidak akan tercapai kerana telah dicagarkan selama 99 tahun,” kata Tuan Ibrahim.

Dalam Buku Jingga PR, kata Tuan Ibrahim, nasib generasi kedua dan ketiga Felda diberi keutamaan.

“PR sudah menjanjikan untuk membuka seluruh ladang Felda kepada generasi kedua dan ketiga Felda melalui Tawaran Buku Jingga. Sebenarnya tawaran tersebut adalah hadiah paling besar bagi rakyat yang belum mendapat tanah,” terang beliau.

Hujah Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, atas tawaran Buku Jingga itu, golongan anak-anak warga Felda adalah “golongan yang paling beruntung” apabila PR memerintah.

Oleh yang demikian, katanya, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) telah menjalankan dan mengedarkan borang permohonan bagi mereka yang berkelayakan.
Ribuan permohonan diterima menggambarkan rakyat kini sangat memerlukan tanah untuk aktiviti ekonomi mereka, di samping rumah kediaman.

Namun, tegas beliau, hasrat generasi kedua dan ketiga Felda untuk menikmati tanah akan terhalang dengan tindakan BN untuk menyenaraikan Felda melalui FGVH di Kuala Lumpur kerana tanah yang sepatutnya menjadi hak milik mereka masa depan telahpun dipajakkan dan 'ditebus’ kerajaan dengan durian runtuh yang sekali saja.

Apa yang perlu diberi perhatian, kata Tuan Ibrahim ialah tindakan penyenaraian ini akan turut mengikis aset Bumiputera dan membuka laluan lebuhraya kepada hasrat warga asing untuk menguasai aset Bumiputera.

“Pemilikan harta bumiputera 30% yang menjadi matlamat DEB telah gagal, justeru matlamat menyusun semula masyarakat luar bandar juga gagal.

"Untuk mengatasi masalah ini, antara usaha ini ialah meningkatkan ekuiti Bumiputera melalui pemilikan ladang Felda.  Namun, bilamana ia dijadikan saham bermakna semua pihak boleh membeli, maka aset dan harta bumiputera akan turut mengecil,” jelas beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, tindakan menjadikan tanah ladang sebagai cagaran merupakan tindakan paling bodoh, kerana tanah ladang yang sekarang dikuasai 100 peratus oleh agensi kerajaan akan dibuka kepada pemilikan bukan bumi dan warga asing.

Tindakan ini, katanya tentulah mengembirakan beberapa pihak yang selama ini memang berhasrat untuk menguasai perladangan Felda.

“Dengan penyenaraian sahaja, mereka tanpa memerlukan usaha dan susah payah sudah boleh mendapatkan tanah seluas 360,000 hektar - satu jumlah yang tidak pernah dimimpi oleh sesiapa pun,” tambah beliau lagi.

Belaiau menambah, walaupun kerajaan memberi jaminan pemilikan ini tidak akan terlepas kepada pihak  asing, namun hakikat bilamana ia telah menjadi unit saham, maka tiada jaminan ianya tidak akan dijual terutamanya bagi mereka yang membeli saham tersebut melalui pembiayaan pinjaman bank atau sewaktu berlakunya lonjakan nilai saham tersebut.

“Sekiranya hakikat bahawa 'tujuan asal tanah ladang Felda dibuka adalah untuk dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga Felda' ini disedari, bekas anggota tentera dan polis, rakyat negeri dan kakitangan Felda yang tiada bertanah sudah tentu bangkit menentang hasrat penyenaraian ini; kerana sedar akan hakikat bahawa hadiah lumayan adalah di depan di mana sekiranya PR menguasai Putrajaya, maka tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka dan bukannya dipajak kepada FGVH selama 99 tahun,” jelas beliau lagi.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9965-cukup-tidur-generasi-kedua-ketiga-felda-diseru-bangun

Baca Selanjutnya...

Gambar - Gambar Aksi Berani Bersih 3.0

Aksi paling berani..

Polis memulakan serangan dengan kelengkapan penuh.

Serangan dimulakan, bedil kemudian serang...

Rakyat merempuh hanya menggunakan tangan.

Yang mampu dilakukan tengok dan lari.

Polis menembak para himpunan macam tembak gagak.

Ditangkap dan dibelasah.

Digereng ke lokap....

Kesadisan yang kontroversi, siapa yang memula dan melakukannya

Jadikan gambar ini sebagai bukti perjuangan ayah...

Cara pengamanan yang kolot....

Bertempiaran melarikan diri dari tembakan gas.

~pinkturtle



Addin :

Kepada sesiapa yang mempunyai gambar-gambar Bersih 3.0 yang menarik untuk di kongsikan bersama.. sila e-melkan kepada addin1977@gmail.com.

Source: http://addin77.blogspot.com/2012/05/gambar-gambar-terbaik-bersih-30-2.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29&utm_content=FaceBook
Baca Selanjutnya...

MAPIM KUTUK TINDAKAN GANAS POLIS

Kenyataan Media MAPIM

30hb April 2012

MAPIM KUTUK TINDAKAN GANAS POLIS

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendapati jelas kini polis di terbawa- bawa dengan cara seluruh polis didunia membelasah pendemonstran. Dari Barat hingga Timur , tidak ada beza polis dalam bertindak . Yang mereka tahu ialah membelasah , memukul dan menembak ke arah pendemonstran yang tidak bersenjata.

Di Malaysia tindakan polis sejak dari penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka maseh sama. Pokoknya polis yang melakukan tindakan masing-masing akan dipertahankan oleh ketua mereka. Paling tidak kerajaan akan tetap mempersalahkan demonstrasi rakyat kerana takut kuasa yang dipegang selama ini akan terlepas akibat kemarahan rakyat terhadap pelbagai kepincangan.

Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang.

Di Malaysia hal inilah yang disaksikan setiapkali demonstrasi di adakan atas pelbagai isu.

Bersih 3 .0 memperlihatkan senario yang sama. Polis cuba mempertahankan sebuah bidang dataran yang kosong hanya kerana arahan kerajaan tidak mahu melihat rakyat berhimpun di lokasi paling ikonik di negara itu .

Dari apa yang dilihat ketika Bersih 3 .0 diadakan pada 28hb April yang lalu  polis kelihatan bertindak bukan sahaja untuk menghalang pendemonstran ke Dataran Merdeka , malah menembak gas pemedih mata dan air kimia di luar kawasan Dataran Merdeka.

Tindakan polis nampaknya hilang pertimbangan malah tidak lagi mempedulikan prinsip undang - undang negara yang membenarkan rakyat berhimpun dengan aman.

Perhimpunan itu pasti aman jika polis tidak bertindak menembak dan mula mengejar dan memukul peserta demonstrasi. malah secara membabi buta menangkap dan memukul siapa sahaja ikut suka, tidak kira ia wartawan atau orang biasa.

Tidak mungkin semua pemerhati dan saksi yang melihat dengan mata kepala sendiri cara polis bertindak ganas dapat menutupi kejadian sebenar. Apatahlagi jika dikumpul semua yang menjadi mangsa kepada tindakan polis memberi keterangan mengenai apa yang berlaku .

Ini bukan kali pertama kita menyaksikan senario polis bertindak keterlaluan. Dari demonstrasi menentang Israel dan US , penghinaan terhadap Islam , menentang ISA , membantah PPSMI , tuntutan BERSIH , rakyat dapat melihat keganasan yang berlaku oleh polis.

Demonstrasi biasanya bermula dengan aman menuju ke lokasi . Namun polis dan FRU siap dengan water cannon , blantan  dan senapang penembak gas pemedih mata sering mengintimidasi demonstran , yang sering berakhir dengan tembakan dan memburu peserta demonstrasi.

Dengan tidak menafikan bahawa dalam puluhan  ribu  yang hadhir sudah tentu ada yang bertindak secara sendirian kerana tidak dapat menahan kemarahan , namun bila polis mula bertindak menembak dan memukul serta membelasah peserta , keadaan pasti tidak boleh berkawal lagi.

Mapim menyelar ada polis yang dibiar oleh pegawai tinggi yang turut berserta , tidak membuat apa-apa bila ada polis yang memukul , menendang dan melakukan keganasan ke atas peserta secara keterlaluan.

Kenyataan PM mengatakan bahawa polis yang menjadi mangsa bukan peserta demonstrasi adalah kenyataan yang menghina puluhan rakyat yang dipukul tanpa belas kasihan . Bila beliau mengatakan semua pihak jangan membuat rumusan sebelum siasatan dilakukan , bermakna beliau juga sepatutnya tidak dengan mudah menuduh mereka yang berdemonstrasi dengan kata- kata keras.

MAPIM juga menyelar pemimpin kerajaan yang memperalat anggota polis bila berhadapan dengan kemarahan rakyat . Memperguna polis untuk berhadapan dengan rakyat hanya kerana mahu mengekal kuasa adalah tindakan yang jijik.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong
Baca Selanjutnya...