Tuesday, November 3, 2009

ANTARA KULIAH DAN TAULIAH .........Mohd Asri Zainul Abidin ditahan JAIS

Saudara muslimin dan muslimat,

Kecoh? BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, pagi ini (2 Nov 2009) atas dakwaan mengajar tanpa tauliah yang ditahan di sebuah banglo Hulu Klang, malam tadi.

Siapakah yang tersangat jahat dan zalim?

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلا خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."{Surah al-Baqarah : 114}

WAHYU …. ILMU , TUHAN DAN MANUSIA
﴿اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ - خَلَقَ الإِنسَـنَ مِنْ عَلَقٍ - اقْرَأْ وَرَبُّكَ الاٌّكْرَمُ - الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ - عَلَّمَ الإِنسَـنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴾
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"
. { Surah al-‘Alaq ayat 1 – 5 }

Wahyu yang pertama(al-‘Alaq ayat 1 – 5) turun kepada Nabi Muhammad saw ialah menuntut supaya belajar. Belajar itu adalah wajib. Bagaimana nak belajar kalau tidak ada yang mengajar. Maka hukum mengajar itu adalah wajib.

FARDU ‘AIN-WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA
Bersabda Nabi saw, طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Maksudnya, { Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim}

Setiap muslim dan muslimah yang aqil-baligh wajib menuntut tiga ilmu berikut;
A- Ilmu Tauhid(IMAN). B- Ilmu Feqah (ISLAM) C- Ilmu Akhlaq /Tasauf (IHSAN)

Tiga ilmu di atas adalah lanjutan Malaikat Jibrail turun secara khusus ke muka bumi dalam rupa bentuk manusia. Sangat jarang Malaikat Jibrail as turun dalam rupa demikian. Malaikat Jibrail menanyakan Nabi saw tiga soalan iaitu:
يا محمد! أَخبِرْنِى عن الإسلام؟ Wahai Muhammad beritahu aku, apa itu Islam?
فأَخْبِرنِى عن الإيمان؟ - Beritahu aku, apa itu Iman?
فأخبرنى عن الإحسان؟ - Beritahu aku, apa itu Ihsan?
Ini tentulah kerana ada satu pengisytiharan yang sangat besar iaitu tentang RUKUN AGAMA – أركان الدين iaitu IMAN, ISLAM dan IHSAN.

Manusia mukmin adalah bermanfaat untuk dirinya dan bermanfaat untuk orang lain. Oleh sebab itu umat Islam sejak kecil hingga mati sentiasa belajar dan mengajar. Lihat sabda RasuluLlah saw yang berbunyi, خيركم من تعلم القرءان وعلمه
Maksudnya,” Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya”.

Bertapa penting ilmu(kena ada yang belajar dan mengajar) maka ALlah menerangkan kepada kita ayat berikut:

﴿وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ ﴾
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan (inzar) kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)". (at-Taubah : 122)

WAJIB MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA DAN HARAM MENYEMBUNYIKANNYA
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ
وَاشْتَرَوْا بِه ثَمَنًا قَلِيلا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ(187)لا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوا
وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنْ الْعَذَابِ وَلَهُمْ
عَذَابٌ أَلِيمٌ(188)وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu. Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aal Imran : 187]

Para ulamak adalah waris Nabi-Nabi. العلماء ورثة الأنبيآء . Sebagai pewaris mereka mestilah amanah dan bersifat tabligh(menyampaikan) sebagaimana para Rasul.

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَـتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّـهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَـئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّـعِنُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." [Surah al-Baqarah : 159]

Sabda Nabi saw, تناصحوا فى العلم فإن خيانة أحدكم فى علمه أشد من خيانته فى ماله
Maksudnya,” Saling menasihatilah kamu dalam ilmu kerana pegkhianatan seseorang di antara kamu dalam ilmunya lebih jahat daripada pengkhianatannya pada hartabendanya”.

WASIAT NABI SAW

عن أبى بَكرةَ رضي الله عنه، عن النبى صلى الله عليه وسلم، قال : ِليُبَلِّغِ الشاهدُ الغائبَ،
فإن الشاهدَ عسى أن يُبَلِّغَ مَن هو أَوعَى لهُ منه
Dari Abi Bakrah ra dari Nabi saw sabdanya, “ Hendaklah orang hadir (mendengar hadith ku) menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, kerana sesungguhnya diharapkan orang yang disampaikan (hadith) itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Agama Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa hingga hari kiamat. Untuk meneruskan risalah Nabi saw itu di semua tempat dan zaman MAKA Nabi saw meninggalkan pesannya yang berupa perintah supaya setiap orang yang mendengar hadith Baginda saw dan ajaran yang dibawanya ……menyampaikan/berkuliah kepada orang yang belum mendengarnya.

Dengan itu nyatalah bahawa tugas menyampaikan sesuatu hadith atau hukum agama BUKANLAH tertentu kepada seseorang dengan jalan dilantik(ditauliah), tetapi dengan sendirinya menjadi kewajipan sesiapa yang menghadiri mana-mana majlis pelajaran agama atau hadith atau hukum-hukum Islam……menyampaikannya kepada orang-orang yang tidak hadir dengan sungguh-sungguh jujur dan amanah.

Demikianlah seterusnya dari seseorang kepada yang lain, masing-masing menjalankan tugas menyampaikan ajaran-ajaran Islam walaupun orang yang menyampaikan itu sendiri tidak begitu faham akan maksud hadith atau hukum yang hendak disampaikannya itu. { Rujuk : Muqaddimah Mastika Hadith, Jabatan Perdana Menteri Cetakan Kelima Tahun 1986 Muka Surat 101}

TAULIAH DARI ALLAH DAN RASULULLAH SAW
﴿يأَيُّهَا النَّبِىُّ إِنَّآ أَرْسَلْنَـكَ شَاهِداً وَمُبَشِّراً وَنَذِيراً - وَدَاعِياً إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُّنِيراً - وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ بِأَنَّ لَهُمْ مِّنَ اللَّهِ فَضْلاً كِبِيراً - وَلاَ تُطِعِ الْكَـفِرِينَ وَالْمُنَـفِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّـلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِـيلاً ﴾
"Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan izinNya(perintahNya); dan sebagai lampu yang menerangi. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah. Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu)". [Surah Al-Ahzab : 45 – 48]

Para Mufassirun (Ahli Tafsir) menegaskan maksud بِإِذْنِهِ (dengan izinNya) ialah بأمره (dengan perintah atau arahanNya). Maka setiap pendakwah atau pegkuliah menyampaikan seruan dakwahnya adalah dengan kebenaran daripada ALlah dan perintahNya. Oleh itu kita tidak perlu menunggu kebenaran atau perintah sesiapapun.

Cuba lihat Nabi Ibrahim vs Namrud, Nabi Musa vs Fir’aun, Nabi Muhammad vs Abu Jahal dan Abu Lahab . Mereka disekat untuk berdakwah menyampaikan Islam oleh para pemerintah.

Sabda Nabi saw, بلغوا عنى ولو آية وحدثوا عن بنى إسرائيل ولاحرج، ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya,” Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah dari hal Bani Israel dan tidak ada salah (kamu tidak menceritakannya). Dan barangsiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka”.[Riwayat Imam al-Bukhari dan Tirmizi.]

Sabdanya lagi; لا طاعة لمخلوق فى معصية الخالق
Maksudnya,” Tidak boleh taat kepada mana-mana makhluk dalam (keadaan) memaksiati Khaliq (ALlah)”.

PENUTUP
Sabda Nabi saw, اَلدِّينُ النَّصِيحَةُ ............. {Agama adalah Nasihat}
Siapakah yang tersangat jahat dan zalim?

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَئِكَ
مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلا خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. {Surah al-Baqarah : 114}
والله أعلم
Baca Selanjutnya...

Monday, November 2, 2009

PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 4

Salam sahabat-sahabat sekalian,

Kalau sebelum ini kita meneliti kelayakan individu penggerak Islam, sekarang kita melihat pula apakah kelayakan-kelayakan jamaah atau gerakan Islam itu sendiri.

ALlah Yang Maha Berkuasa boleh kemenangan kepada Islam pada bila-bila masa walaupun golongan Islam lemah, malas, tak ada kualiti dan sebagainya. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana menyalahi sunnah perjuangan dan tabiat kerja-kerja dakwah. Untuk itu sebuah jamaah dan Gerakan Islam hendaklah memenuhi ciri-ciri kelayakan sebagaimana di bawah.

Antaranya adalah seperti berikut:
1. Ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah) dan sifat kasih sayang
2. Bermusyawarah (syura) dalam mengatur kerja dan tindakan
3. Tatatertib (disiplin)
4. Teguran-teguran yang membina (muhasabah)


1. Ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah) dan sifat kasih sayang.
Dalam gerakan tersebut, perlulah ada suatu bentuk ikatan kasih sayang sejati di antara ahli-ahlinya. Sudah semestinya mereka ini mempunyai semangat untuk berkorban sesama mereka. Sudah sepatutnyalah mereka ini menjadi seumpama sebuah bangunan di mana kekuatannya terletak pada bentuk susunan batu-bata yang dilekatkan oleh simen.

Suatu jama’ah gerakan Islam itu akan menjadi kuat hanya setelah adanya pertautan hati
di kalangan ahli-ahlinya.

Perkara-perkara yang membawa kepada pertautan (ikatan) hati ini ialah sifat kasihsayang yang suci, sifat bertimbang rasa (simpati) yang murni, sifat baik sangka sesama mereka dan juga semangat ingin berkorban sesama mereka. Hati yang dipenuhi kebencian tidak akan bersatu. Persatuan-persatuan (pertubuhan-pertubuhan) yang dipenuhi pura-pura tidak mampu menghasilkan perpaduan yang sebenarnya (hakiki).

Persahabatan yang berasaskan sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan. Sesuatu persatuan yang hanya mementingkan tujuan-tujuan perniagaan sahaja tidak berupaya untuk melahirkan sifat timbangrasa (simpati). Keperluan duniawi mungkin dapat mempersatukan segala ciri-ciri yang berlainan ini, tetapi ciri-ciri ini mudah sangat untuk berpecah belah. Berikutan dari itu kita tidak mendapat hasil yang betul berkesan, bahkan ciri-ciri itu sendiri menerima kehancuran.
Sebuah jama’ah (harakah atau gerakan) yang kuat dapat tertegak apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mereka mencintai matlamat yang hendak mereka tujui itu. Sifat kesungguhan dalam mengejar matlamat dan sifat keikhlasan dalam berfikir yang ada pada mereka dapat menyemai rasa kasih sayang dan amanah di kalangan mereka. Jama’ah begini adalah seumpama acuan keluli di mana syaitan tidak dapat mencari satu lubang pun untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan. Walaupun syaitan datang dengan bala tentera yang banyak untuk menyerang dari luar, tetapi usahanya ini gagal.

2. Bermusyawarah (syura) dalam mengatur kerja dan tindakan.

Satu lagi kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah (gerakan) ialah segala kerja dijalankan setelah melalui musyawarah. Sesuatu gerakan itu sepatutnya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan musyawarah itu sendiri. Sesebuah gerakan yang terdiri daripada orang-orang yang degil (keras kepala) yang bertindak mengikut pendapat masing-masing, tidaklah boleh dipanggil sebagai sebuah gerakan yang sebenarnya. Ia hanya merupakan satu kumpulan gotong-royong sahaja dan tidak mampu menghasilkan kerja yang benar-benar berkesan.

Sesebuah gerakan akan menemui nasib yang sama jika seseorang ahli atau beberapa orang ahli yang berpengaruh telah menggabungkan diri mereka ke dalam suatu kumpulan kecil dan mengarah orang lain menjalankan perintah mereka. Sesuatu kerja yang berkesan hanya dapat dicapai melalui musyawarah sahaja. Dengan cara ini banyaklah orang tumpang berfikir dengan bijaksana akan segala kelebihan dan keburukan (kelemahan) sesuatu perkara yang sedang dihadapi, keputusan yang lebih baik dapat dicapai dengan cara begini. Di samping itu, ada dua faedah lagi yang diperolehi.

Pertama ialah, andainya pendapat kesemua orang dipertimbangkan secara langsung atau sesuatu rumusan pendapat-pendapat tadi diambil, seluruh jentera gerakan tadi melaksanakan segala keputusan dengan bersungguh-sungguh. Tiada seorang pun akan berfikir bahawa dia telah dibebankan.

Satu lagi kelebihan cara begini ialah ia membuka peluang agar berbagai sudut (aspek) yang terdapat pada sesuatu masalah itu dikaji. Setiap ahli akan benar-benar mengambil berat akan segala rencana kerja pertubuhannya. Setiap ahli akan melaksanakan tanggungjawab yang berikutan daripada sesuatu keputusan mesyuarat dengan begitu cepat sekali (yakni tanpa lengah-lengah). Perlulah diingat bahawa kelicinan begini boleh dicapai jika peraturan-peraturan sendiri tidak diabaikan.

Di antara peraturan-peraturan musyawarah ialah setiap orang sepatutnya memberi pendapatnya dengan ikhlas. Janganlah hendaknya dia menyembunyikan apa-apa, di dalam dirinya. Tidak perlu timbul di dalam dirinya sifat kedegilan. Dia perlu menjauhkan dirinya daripada kesilapan-kesilapan. Apabila sesuatu keputusan telah diambil, sesiapa saja yang mempunyai pendapat yang bertentangan hendaklah menerima keputusan tadi dengan hati yang terbuka. Tak sepatutnyalah mereka terus mendesak supaya pendapat mereka diterima walaupun mereka masih berpegang pada pendapat mereka itu. Seterusnya mereka akan bertindak menurut keputusan yang telah diambil oleh gerakan mereka.

Musyawarah yang tidak mempunyai ketiga-tiga peraturan tadi adalah sia-sia saja kerana
ia akan lebih merupakan sumber pertelingkahan di dalam sesuatu gerakan itu.

kita sambung perbahasan dalam siri ke 5 nanti insyaALLAH.
Baca Selanjutnya...

Sunday, November 1, 2009

Hentikan Menyembah Kesombongan Diri: Rapatkan Saff Mantapkan Ukhuwwah

Salam sahabat-sahabat da'i,

Hari ini jumaat 30 Oktober 2009, ana(uye) meneliti blog Tantawi yang bertarikh(Thursday, 29 October 2009) yang bertajuk Rapatkan Saff Mantapkan Ukhuwwah. Tulisan yang sangat baik. Moh! Kita sebagai anggota Jama'ah Islam dan Gerakan Dakwah samada PAS, ABIM, JIM dan lainnya membaca-fahami secara baik. Ini kerana dalam pengamatan uye bahawa hampir semua jamaah mengalami masalah 'krisis ukhuwwah' yang sama.

Antara lain beliau menyatakan:
1. Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan lengah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas .

2. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana di sana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama .

3. Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]
4. Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai(moga) ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .

5. Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .

6. Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .

7. Diketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .

8. Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .

9. Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah(kerana gejolok nafsu kesombongan-uye) .

10. Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang(lebih-lebih lagi masa depan kita di akhirat nanti - uye) . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang .

Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !


oleh : Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi
Baca Selanjutnya...

RELAKS KEJAP - jangan tension - World's Largest Mercedes Showroom

Tengok ajelah, nak beli.....almaklumlah pulus.........
Baca Selanjutnya...