Tuesday, June 25, 2013

UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH

Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana ujian itu adalah sebahagian daripada kehidupan di dunia. Dunia ini sendiripun tempat ujian sebelum akhirat. 

Ujian ALLAH kepada manusia adalah untuk menguji sejauhmana ketaatan dan kesabaran manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Manusia diuji dengan harta, wang ringgit, kekayaan, kesusahan, sihat, sakit dan pelbagai lagi. Ujian itu sekaligus untuk mendidik diri manusia agar sabar dan tahan uji. Apatah lagi kepada golongan pendakwah yang menyampaikan risalah dan ajaran Islam.

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK  membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da’i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato,kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga dan juga mereka yang munafik,Firman Allah,
           ومن الناس من يقول ءامنا بالله فإذا أوذي في الله جعل فتنة الناس كعذاب الله  ….  وليعلمن الله الذين ءامنوا  وليعلمن المنافقين                                                            
Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman
dengan Allah,maka apabila di uji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari
 manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah
akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin”.
 - al-‘Ankabut : 11 - 15.

FirmanNya lagi:
ليميز الله الخبيث من الطيب                                        
                        Maksudnya ,Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk .
- Surah al-Anfal : 37
Baca Selanjutnya...

Monday, June 24, 2013

UJIAN DALAM MENYAMPAIKAN AJARAN ISLAM

Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Bagaimana pula dengan para pendakwah dan pejuang Islam?   Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,
          وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد                            
Maksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman
               kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “.        Surah al-Buruj : 8.

Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi gerakan dakwah Islamiyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyah juga merupakan suatu pengertian KHUSUS yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyah memakan masa dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,
                                    لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ..
Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan
                      perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan
                      mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.


Berkata Imam Ibn al-Qayyim, “ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 23, 2013

Mat Taib: Hanya PAS mampu bimbing ke arah Islam




 
Bekas naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata beliau percaya PAS merupakan satu-satunya parti yang boleh membimbing Malaysia ke arah Islam.
"Hanya PAS boleh bawa kesedaran," katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan borang keahliannya kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

NONE"Saya mesti menyokong parti yang boleh membawa kepada panduan (Islam)," tambahnya.

Bekas menteri besar Selangor itu mengakui bahawa BN telah membawa pembangunan di Malaysia, namun pembangunan itu, menurutnya, dijalankan "tanpa roh."

"Islam mesti berkembang dari bandar-bandar, seperti Mekah dan Medinah menjadi pusat penyebaran Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sepatutnya bandar-bandar menjadi pemancar kepada agama Islam"

"Lembah Kelang adalah Metropolis, sepatutnya menjadi panduan kepada (penduduk luar bandar)," katanya lagi.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, timbalan mursyidul am Datuk Haron Din serta dua naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Laporan hari ini menyebut, Muhammad yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam juga dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

http://www.malaysiakini.com/news/227613
Baca Selanjutnya...

Monday, April 22, 2013

Nik Aziz: Harap DAP terima konsep negara Islam

http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-aziz-harap-dap-terima-konsep-negara-islam-1.152856


22 April 2013
Nik Aziz
KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menaruh harapan agar DAP dapat menerima konsep negara Islam ekoran kesediaan DAP sebelum ini untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Dia (DAP) terima maknanya dia tidak Islamofobia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

DAP, yang disiasat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, sebelum ini merancang menggunakan simbol parti Pas dan PKR tetapi akhirnya menggunakan simbol parti sendiri semasa penamaan calon Sabtu lepas.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan akhbar pada Sabtu mengenai kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang tetap menolak dasar Islam Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu berhasrat bertanding menggunakan lambang Pas. - Bernama
Baca Selanjutnya...