Wednesday, October 8, 2008

4763 - 4763 - 4763 - 4763 - 4763

Assalamu'alaikum teman-teman.

Saya mengatur kesyukuran kepada ALlah kerana menjadikan blog ini satu kenyataan dan berterusan. Blog ini telah dilancarkan pada 08.08.2008. Hari ini 08.10.2008, genaplah dua bulan usianya. Sehingga kini pengunjungnya seramai 4763 orang.

Saya mengharapkan blog ini akan memberi faedah dan manfaat kepada diri saya sendiri khususnya dan orang ramai amnya. Para teman dianjurkan untuk memberi komentar, cadangan dan ideal untuk terus membangunkan blog ini.

Semoga ALlah terus memberi hidayah kepada kita semua, diselamatkan kita di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.
-Ustaz Yusof Embong(uye)
10.41am 8.10.08
Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 7, 2008

أركان الإسلام RUKUN ISLAM - Siri 3

Assalamu'alaikum.


Bersyahadah maknanya membuat pengakuan untuk tunduk patuh kepada ALlah.
Mendirikan Solat sebagai tanda ketundukan kepada ALlah, sekaligus menggambarkan hubungan baik kita dengan ALLah.
Menunaikan Zakat juga sebagai tanda ketundukan kepada ALlah dengan membantu orang-orang miskin dan yang tidak mampu, sekaligus mengambarkan hubungan baik kita dengan manusia.


Untuk memastikan Hubungan Dengan ALlah dan Hubungan Dengan Manusia terus utuh dan baik MAKA diwajibkan puasa.


Puasa yang bertujuan melahirkan manusia yang bertakwa(melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang oleh ALlah). Untuk menahan diri supaya melaksanakan perintah dan menjauhi larangan bukannya mudah tanpa kesabaran. Sabar inilah hasil/natijah daripada puasa Ramadhan.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون
[Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (AL-BAQARAH=183)


Puasa mendidik kita bagaimana perlunya SABAR mengawal nafsu agar tidak rosak hubungan dengan ALLAH, hubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.
Untuk itu pandulah ‘nafsu-jiwa’ kita mengikut hidayah-petunjuk ALLAH iaitu al-Quran.


Rukun Islam yang Kelima ialah HAJI.
Haji adalah rukun Islam yang terakhir. Haji adalah merupakan kemuncak ibadah bagi seorang muslim. Seorang muslim bukan sahaja berkorban harta bahkan berkorban diri untuk melaksanakan ibadah ini.

Haji adalah kemuncak ibadat seorang hamba samada ibadat tubuh, harta, jiwa dan lainnya.
Haji adalah medan pertemuan sosial dan politik umat Islam sedunia.


§وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً ( Aali-Imran : 97)
“ Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.


Haji adalah lambang perhimpunan dan perpaduan umat islam sedunia. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan pelbagai bahasa, bangsa, rupa dan warna kulit demi semata-mata menyahut panggilan Allah melalui lidah Nabi Ibrahim as. Mereka nerhimpun untuk menyatakan kesatuan pengabdian mereka kepada Allah Rabbuljalil.
Sesungguhnya haji adalah perhimpunan ibadah, ijtima’iyyah dan siasah umat Islam.


KESIMPULANNYA
Jadikanlah agama Islam satu-satunya jalan hidup kita.

مَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ
[Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.] ( Aali-Imran : 85)
- Detail mengenai Haji kita akan bicarakan dalam slot-slot akan datang.
Baca Selanjutnya...

Monday, October 6, 2008

أركان الإسلام RUKUN ISLAM - Siri 2

Kedua : Mendirikan Solat إقام الصلاة

Mendirikan solat adalah rukun Islam yang kedua.

Sembahyang pada bahasa ialah doa. Manakala pada istilah ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan berakhir dengan salam sebagai ibadat dengan syarat-syarat yang tertentu أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير ومختتمة
بالتسليم يتعبد بها بشرائط مخصوصة
Suatu gambaran hubungan dengan ALlah swt. حَبْلٌ مِنَ الله

Solat adalah mengambarkan seluruh kehidupan/aktiviti seorang muslim-mukmin hanya tertentu buat Allah. Seluruhnya menjadi ibadah kepada Allah.

Sembahyang mempunyai tiga rukun iaitu Qalbi (hati), Qauli(percakapan) dan Fi’li (perbuatan). Dalam kehidupan seharian kita melakukan tiga keadaan di atas samada diam berfikir, bercakap dan bergeraka. Dalam solat mengandungi segala-galanya samada zikir, tasbih, doa, tahmid, gerak, diam, bercakap dan lain-lain. Semuanya itu dibuat dalam lingkungan syarak(peraturan agama).

Mendirikan solat dengan sempurna akan dapat membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. Solat akan menjadi seseorang itu dapat menjauhi maksiat dan kemungkaran.

Firman ALlah yang bermaksud, "dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; [ alAnkabut :45 ]

Benarlah kata Nabi s.a.w,” Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Kesimpulannya : Solat/sembahyang adalah gambaran hubungan manusia dengan ALLAH.(حبل من الله )

Ketiga : Menunaikan Zakat إيتاء الزكاة
Menunai atau mengeluarkan zakat adalah rukun Islam yang ketiga .

Zakat pada bahasa ialah subur atau suci. Pada istilah ialah mengeluarkan harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
Harta adalah milik mutlak Allah, manusia hanyalah sebagai orang yang diamanahkan. Manusia hendaklah menggunakan harta mengikut ketentuan Allah dan syariat Nabi Muhammad s.a.w.
Zakat adalah didasarkan kepada harta. Manakala harta adalah asas bagi segala urusan hidup manusia di dunia ini. Sebahagian besar usaha dan masa dihabiskan kerana mencari dan memiliki harta benda dan kekayaan.

Maka Islam menjadikan zakat sebagai alat mendidik diri umat Islam agar sanggup berkorban harta dan tidak bersifat bakhil dan kedekut.
Berkata Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya , terdapat banyak ayat yang menyebut solah dan infaq (belanja hartabenda) secara berangkai atau seiring. Maka sesungguhnya sembahyang itu adalah hak Allah manakala infaq/zakat adalah berbuat ihsan kepada makhlukNya.

Islam menyuruh kita mencari dan memiliki harta kekayaan agar dapat berzakat, mempunyai kekuasaan agar dapat melaksanakan syariat Allah, mempunyai isteri agar dapat anak yang soleh………Tetapi semuanya itu hendaklah dikawal dan dijadikan alat dan bukannya matlamat.

Lihat firman Allah,
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
[Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan seba-hagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka] .

Kesimpulannya : Infaq/zakat adalah gambaran hubungan manusia sesama manusia(حبل من الناس )

Macamana nak mengawal dan menjaga hubungan baik dengan ALlah dan hubungan baik dengan manusia?
Apa caranya supaya manusia tidak lawan ALlah dan tidak menzalimi manusia lain?

Tidak syak lagi bahawa puasalah yang menjadi jalan mendidik dan membendung hawanafsu agar tunduk kepada titah perintah Allah.

-bersambung siri ketiga mengenai PUASA.
Baca Selanjutnya...

Sunday, October 5, 2008

أركان الإسلام RUKUN ISLAM - Siri 1

Syukur َالْحَمْدُ ِللهِ kerana kita telah menyelesaikan empat daripada Rukun Islam yang lima kecuali haji. Mengucap dua kalimah syahadah sudah, solat sudah, zakat sudah, puasa sudah. Yang belum selesai ialah Haji. Bulan haji dah masuk iaitu bermula 1 syawal, ZulQaedah hingga 10 Zulhijjah.

Dalam kesempatan ini saya akan menghuraikan kelima-limanya dalam 3 atau 4 siri.
Setiap rukun Islam itu mempunyai falsafah dan pengajarannya yang tersendiri.

Rukun Islam sebagaimana yang diketahui umum ialah lima.

Mari kita lihat jawapan Nabi s.a.w kepada Jibril a.s.;
يا محمد! أَخبِرْنِى عن الإسلام؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الإسلام أن تشهد أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله، وتقيم الصلاة، وتؤتى الزكاة، وتصوم رمضان، وتَحُجَّ البيت إن استطعتَ إليه سبيلا.

”Wahai Muhammad s.a.w beritahukan kepada aku tentang (dasar-dasar) Islam? Maka RasuluLlah s.a.w menjawab, ”Islam itu ialah kamu bersyahadah serta yakin bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu pesuruh ALLAH, kamu mendirikan sembahyang , kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu mengerjakan Haji ke BaituLlah jika engkau mampu sampai kepadanya”.

Pertama : Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

أشهد أن لا إله إلا الله
وأشهد أن محمدا رسول الله
Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Suatu perjanjian, pengisytiharan dan pengakuan untuk menyembah (mengabdikan) diri kepada ALlah dan mengikuti syariat Nabi Muhammad. saw.

Dalam syahadatain mengandungi dua bahagian dan pengakuan iaitu:
1. Syahadah terhadap Allah iaitu mengaku tentang kewujudan, keesaan dan kesempurnaan sifat ALlah tanpa sebarang sifat kekurangan.
2. Syahadah terhadap RasuluLlah saw iaitu mengaku bahawa Nabi Muhammad itu sebenar-benarnya utusan ALlah yang membawa pengajaran kepada seluruh manusia SERTA menjadi contoh teladan yang wajib diikuti.
ATAU
1-Syahadah memberi makna penyaksian dan pengisytiharan kepada orang ramai bahawa Si Pengucap itu mengakui Ketuhanan dan Keesaan Allah swt yang layak diabdikan diri dan disembah manakala yang lain adalah batil dan palsu.
2-Begitu juga mengiktiraf bahawa tidak ada ikutan dan contoh yang unggul melainkan Muhammad s.a.w dan syariatnya sahajalah yang wajib diterima.

Mengucap dua kalimah syahadah adalah pintu pertama bagi seseorang yang ingin memasuki Islam menjadi muslim.Ia menjadi asas dan rukun Islam yang pertama dan anak kunci masuk Islam.

-Bagi orang yang mengucap dua kalimah syahadah adalah menjadi sebab Si Pengucap layak dilaksanakan semua syariat (undang-undang @peraturan) Islam ke atasnya.

-Kita hanya berhujah dan berhukum berdasarkan yang zahir (lisan dan perbuatan), yang batin (hati) terserah kepada Allah.Dari sini lahirlah perbahasan muslim, mukmin dan munafiq.

Kita tidak mahu syahadah yang palsu dan pura-pura.
Dengarlah firman Allah,

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (S.Munafiqun : 1 )

KESIMPULAN : Bersyahadah membawa maksud kita dah berJANJI dan berSETIA untuk menyembah-abdikan diri hanya kepada ALlah serta mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Oleh itu jangan langgar perjanjian dan persetiaan yang telah dimeterai. Lain di mulut, lain di hati itu munafik. Macamana mulut, begitulah hati itu muslim mukmin.
- bersambung dalam siri 2
Baca Selanjutnya...