KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak
menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya
akan terus berkhidmat sehingga ke ‘hujung nyawa’.
“Selagi saya bernafas saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam,” katanya kepada media semalam menjawab pelbagai desakan termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau berundur.
Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Nik Aziz terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.
“Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua, tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam,” katanya.
Bulan lalu, Nik Aziz juga menyatakan beliau akan berundur sekiranya parti tidak memerlukan beliau lagi, manakala PRU13 pula Pas Pusat telah membuat keputusan wajib bertanding.
Sementara itu, ditanya siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara pada PRU13 nanti, Nik Aziz menegaskan, paling penting individu itu adalah Islam.
Untuk rekod pada PRU12 keputusan menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar di Dun Chempaka.
Pada tahun 2008 Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) telah menganugerahkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan.
Selain itu, sebagaimana kenyataan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Nik Abdul Aziz mengakui beliau sememangnya bukan pemegang kunci pintu syurga sehingga boleh menilai dosa dan pahala seseorang.

4.1 Pemilihan calon pilihanraya
ReplyDeleteDi dalam memilih calon pilihanraya bagi mewakili parti Islam hendaklah ada kriteria yang perlu dipatuhi. Allah SWT telah memberikan panduan secara umum ciri-ciri terbaik bagi petugas Islam. Firman Allah Taala di dalam surah Al-Qasas ayat 26:
Maksudnya: ((Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah")).
Berdasarkan ayat di atas ada dua ciri umum yang mesti diutamakan iaitu:
Al-Qawie yakni kuat dan sihat tubuh badannya.
Al-Amin yakni amanah iaitu sentiasa menjaga dirinya dari melakukan perkara-perkara khianat dan melaksanakan tugas sepertimana yang telah digariskan untuknya.
Al-Qawie adalah merujuk kepada aspek fizikal, di mana mereka yang akan memikul amanah politik dan kepimpinan mestilah di kalangan orang yang sihat tubuh badannya. Ini sangat penting kerana setiap pemimpin itu berdepan dengan tuntutan menjaga kepentingan rakyat yang memaksanya bergerak tangkas ke sana kemari bagi menyelesaikan masalah mereka. Juga ia kemungkinan akan berdepan dengan ancaman-ancaman musuh yang cemburu kepadanya. Tubuh badan yang sihat juga merujuk kepada sihat akal fikiran. Ia sangat penting kerana di dalam politik ia memerlukan kebijaksanaan membuat keputusan dan merancang di samping ketangkasan fizikal.
Al-Amin pula merujuk kepada ketaatannya kepada perintah Allah Taala dan Rasulullah SAW. Ia juga merujuk kepada ketaatannya kepada kepimpinan Islam dan sentiasa memastikan segala kehendak agama dimartabatkan di dalam urusannya. Ia sentiasa merasakan diri diawasi oleh Allah Taala di dalam setiap tindakannya.Ciri-ciri ini menjadikannya boleh dipercayai untuk memikul amanah kepimpinan kerana ia akan sentiasa terpelihara daripada pecah amanah dan rasuah yang menjadi ancaman utama kepada politik masakini. ADAKAH INI TERKECUALI KEPADA TG NIK AZIZ
Adakah tidak berdosa jika uzur menjadi calon bukankah itu khianat kepada amanah rakyat ada beribu pejuang PAS yg sihat dan berkemampuan dikelankatan ada tok guru tak berdosa...bukankah untuk menegakan islam banyak jalan dan tak perlu bertanding pilihan raya pun buleh berdakwah
ReplyDelete