Wednesday, August 17, 2011

PATI DIPAKSA BERSUMPAH UNDI UMNO-BN? - Nie dah kira jual negara



PETALING JAYA: Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P, dedah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing tersebut, yang menunjukkan terdapat usaha menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program berkenaan.

“Bukti-bukti dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu . Ini mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno-BN sedang menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, di Tropicana hari ini.


Turut hadir Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN, selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi “Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi”

“Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”

“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

Beliau mencabar parti komponen Barisan Nasional sepetu MCA, MIC, Gerakan dan PBS untuk menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi hantu menggunakan alasan pemutihan.

“Jika mereka berdiam diri bermakna mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara. Muslihat Umno-BN akan tersebar luas dan menaikkan lagi kemarahan rakyat,” tegas Zuraida.

Sumber : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Jahanamnya NEGARAKU semakin HAMPIR andai dibiarkan
    puakx ini memerintah.Kepada merekax yang ada
    kuasa untuk menyekat gejala ini tolonglah ambil
    tindakan.Anak cucu kita dalam bahaya.

    ReplyDelete
  2. Kebodohan dan ke...... natah apa-apa lagi.... yang berlaku sekarng ini dengan memberikan taras warganegara kepada pati akan membawa padah yang besar kepada negara. Keadaan hari ini tidak nampak mana, tetapi ingatkan dan fikirkanlah anak cucu cicit kita nanti..... sanggupkah kita melihat anak, keturunan dan bangsa seagama kita merempat menjadi pelarian di negara sendiri???? ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. Bukan kita tidak menyokong pemerintah hari ini.... tetapi kita mahukan yang lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  3. Nama jer mu ni USTAZ... USTAZ KOROK KERING, mu tau ke menda-menda ni yang mu duk kata PATI buleh ngundi. Mu ni benggong sungguh kalu ade lah PATI buluh ngundi mu pun benggong kerana mu sendiri bui hok kepada orang asing.

    Kalu nok bangkang bior ada bukti, aku ni pun orang PAS jugok, tapi aku buleh beza hok mana betul hok mana yg tok betul. USTAZ kena nilai lah sendiri jgn anggap diri kita ni Islam sgt, kecek sepatoh dua ayt agama konon doh jadi USTAZ..... sudah lah USTAS aku doh tau lagok mu, mu pun serupo aku jugok,

    Kita sama sama merantau cari makan di negeri orang, Kalu mu rasa Negeri mu Kelantan baik kita balik Kelantan.... kita tok payoh nok kucar negeri orang.

    Orang Pahang baik2 belaka, Negeri dia bior dia perentoh, kita balik negeri kita... kita mintok dgn Tok Guru jawatan di sana....

    ReplyDelete
  4. tok sah layang nih,...puok makang bewokk ni....kire maki orang jerrr....malangnya maalaysia ade lagi rakyat yg fikirangnya balah nihh.....gune palo lutut.

    ReplyDelete