Jadi berdoalah bersungguh-sungguh, jangan main-main. Tengoklah di bulan Ramadhan ini bagaimana umat Islam berdoa........main-main dan tak beradab.
•Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapatkan sesuatu kebaikan atau untuk menolak bala bencana dengan cara dan adab yang tertentu.
Hampir seluruh aktiviti yang dilakukan oleh seorang muslim dimulai dan diakhiri dengan doa.
Ini menunjukkan setiap muslim sentiasa berhajat kepada ALlah dan perlindunganNYA.
Doa bukan sahaja cara mendekatkan diri kepada ALlah bahkan sebagai usaha melindungi diri dari segala macam gangguan.
•AYAT DI ATAS SECARA TEGAS, ALLAH MENCELA ORANG-ORANG YANG ENGGAN MEMOHON KEPADA ALLAH YANG MAHA KAYA, LAGI MAHA MEMBERI. MAKA AMAT NAIF BAGI SEORANG MUSLIM YANG MENGAKU BERIMAN KEPADA ALLAH TETAPI TIDAK MAHU MEMOHON-BERDOA KEPADA RABB-nya SEOLAH-OLAH DIA TIDAK BERHAJAT KEPADA ALLAH, PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN-NYA.
ADAB DAN TERTIB BERDOA
1.Sebaik berdoa waktu yang mulia seperti hari Jumaat dan bulan Ramadhan.
2.Hendaklah mencari ketika dan keadaan yang baik dan tenang.
3.Hendaklah mengadap ke arah kiblat.
4.Hendaklah merendahkan suara antara perlahan dan kuat.
5.Jangan sampai memaksa diri dalam berdoa dengan bersajak, bersyair dan berpantun.
6. Hendaklah bersikap tetap dalam doanya dan menyakini bahawa doanya diterima.
7. Hendaklah bersungguh-sungguh dan jangan putus asa.
8. Hendaklah dimulakan dengan berdoa menyebut nama Allah dan selawat.
9. Tinggalkan makan minum yang haram.
10. Hati janganlah lalai ketika berdoa serta dengan penuh perasaan rendah diri, penuh harapan. Lihat maksud ayat di bawah:
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintah-nya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. AL-A’RAF=205
Jadi berdoalah dengan penuh adab kesopanan. Jangan biadap dengan TUHAN ketika berdoa. Ingatlah kita sedang berdepan dengan RAJA bagi segala raja.
Antara contoh biadap ketika berdoa ialah:
- Sambil berdoa, bercakap-cakap dengan kawan-kawan.
- Tidak angkat tangan kerana malas, tangan menumpang dagu. tangan melepek atas paha, menoleh ke belakang ke depan sambil berdoa.
- Dan lain-lain.
•Malam Jumaat dan siangnya
•Ketika sujud dalam solat
•Selepas setiap solat fardu
•Antara azan dan iqamah
•Pada satu pertiga malam
•Antara dua khutbah
Aamien ya Rabb al-'Alamien.
No comments:
Post a Comment