Monday, August 15, 2011

TIGA PERISTIWA BESAR DI BULAN RAMADHAN

Assalamu'laikum.


Semoga kita semua dirahmati ALlah.


Terdapat tiga peristiwa besar yang berlaku di bulan Ramadhan dalam sejarah kehidupan Nabi Besar Muhammad saw. Peristiwa-peristiwa itu ialah :


i- Penurunan al-Quran نُزُول القرءان

ii- Perang Badar غَزوَةُ بدر الكبرى

iii- Pembukaan Kota Makkah فَتحُ مَكَّة


Yang sangat menariknya ialah ketiga-tiga peristiwa itu berlaku secara tertib dalam bulan Ramadhan dalam sirah/perjalanan hidup Nabi Muhammad saw.


1.Nuzul al-Quran berlaku pada tahun 01 Kerasulan, ketika itu Nabi saw berumur 40 tahun iaitu pada tanggal 17 Ramadhan.

2. Qazwah Badr, Perang Badar berlaku pada tahun 15 kerasulan, ketika itu Nabi saw berumur 55 tahun. Iaitu dalam tahun 2 Hijrah pada 17Ramadhan.

3. Fath Makkah, Pembukaan Kota Makkah berlaku pada tahun 21 Kerasulan, ketika itu Nabi saw berumur ( 61 Tahun). Iaitu dalam tahun 8 Hijrah pada 10 Ramdhan.

APA 'IBRAH ATAU PENGAJARANNYA?

Pertama : Peristiwa2 tersebut hendak menunjuk-contoh sirah/perjalanan Nabi Muhammad saw. dari awal hingga akhir perjuangannya.

Al-Quranlah yang menjadi rujukan Baginda saw. Kerana al-Quranlah berlakunya pertembungan antara yang haq dan batil sehingga membawa kepada berlakunya peperangan Badar. Tetapi akhirnya Muhammad RasuluLlah tetap mencapai kemenangan sepertimana digambarkan berlakunya Fath Makkah(pembukaan/pembebasan Kota Makkah).

Kedua : Inilah juga satu-satunya jalan hidup serta jalan perjuangan yang mesti dilalui oleh orang-orang mukmin. Cepat atau lambat, senang susah.... inilah jalannya. Inilah tertib dan ABC jalan dakwah dan siasah Islam.

Tidak ada jalan pintas(short cut). Tidak ada jalan yang lain. Jalan yang lain tidak akan membawa kemenangan, apatah lagi tidak mendapat keredhaan ALlah.

Ketiga : Umat Islam wajib menjadikan al-Quran sebagai pedoman dan rujukan dalam seluruh bidang kehidupannya samada aqidah, ibadah, muamalah, munakahat, jenayah, siasah dan lainnya.

Keempat : Pertembungan pasti akan berlaku, halangan dan ujian pasti akan ada apabila kita mengambil al-Quran sebagai jalan hidup. Pengorbanan jiwa dan harta sudah pasti. Itulah sunnahnya jalan dakwah ini. Ini digambarkan dengan berlakunya peperangan Badar.(Detailnya dalam tajuk Perang Badar iALlah).

Kelima : Kemenangan dan kejayaan pasti akan menjadi milik golongan Islam Muttaqin di akhir perjuangan yang panjang ini. Inilah yang nak digambarkan dengan berlakunya Pembebasan Kota Makkah (Fath Makkah) di akhir usia Nabi saw 61 tahun, Nabi saw wafat pada usia 63 tahun.

Marilah kita meneruskan perjuangan walaupun susah dan payah. terima kasih


No comments:

Post a Comment