Wednesday, April 21, 2010

UYE BERANGKAT KE MESIR, ZIARAH MADINAH DAN UMRAH

Assalamu'alaikum warahmatuLlah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Insya-ALlah pada hari Rabu 21 April 2010 saya akan berangkat menunaikan umrah bersama rombongan yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor bin Hj Abdul Karim alYamani. Bilangan anggota rombongan lebih kurang 40 orang.

Kami dijangka berlepas dari KLIA dengan Egypt Air pada jam 1 pagi untuk terus ke Mesir. Di sana kami akan berada 3 hari 3 malam. Selesai lawatan di Mesir kami akan ke Madinah al-Munawwarah untuk program ziarah. Selepas itu barulah ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan umrah.

Perjalanan kami ini dijangka mengambil masa kurang lebih 18 hari. Kami dijangka landing di KLIA pada 8 Mei 2010.

Saya akan cuba men "up datekan" blog sepanjang program ziarah-umrah ini jika ada kesempatan. Kalau tak sempat masukkan artkel maka akan dimuatkan RELAKS KEJAP - JANGAN TENSION :)

Doakan kami selamat pergi dan balik. Lebih utama lagi lawatan, ziarah dan umrah kami diterima oleh ALlah dan menjadi ibadat.

No comments:

Post a Comment