Wednesday, April 14, 2010

FITNAH - LENYAP DAN MUSNAHKANNYA DARI LUBUK HATI


Erti Fitnah

Fitnah ialah niat, kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tidak bersalah.


Fitnah biasanya disebarkan dengan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkara-perkara yang diperkatakannya itu benar.


Fitnah berpunca daripada:

1.Hati yang tidak ikhlas .

2.Iri hati terhadap kejayaan orang lain.

3.Perasaan hasad dengki .

4.Perasaan tamak haloba .

5.Tidak suka melihat orang lain hidup senang dan tenteram.


Bahaya Fitnah

Fitnah sangat besar bahayanya terhadap individu dan masyarakat kerana:

1.Orang yang difitnah hidup menderita sepanjang hayatnya.

2.Orang yang difitnah dibenci oleh keluarga, sahabat handai dan masyarakat.

3.Orang yang difitnah menanggung malu lalu.

mendorongnya untuk melarikan diri daripada masyarakat.

4.Berlaku tuduh-menuduh dan pergaduhan di kalangan ahli masyarakat .

5.Negara menjadi mundur kerana rakyatnya tidak bersatu padu.


Oleh kerana fitnah mendatangkan bahaya yang besar, maka Allah meletakkan dosa menyebarkan-nya sebagai lebih besar daripada dosa membunuh.


Ini dinyatakan dalam firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 191.

Allah memberi amaran akan memasukkan orang yang membuat fitnah itu ke dalam Neraka Jahanam.


Ini dinyatakan dalam firmanNya dalam surah Al-Buruj ayat 10.


Sejarah Fitnah

Perbuatan fitnah-memfitnah bukan sahaja berlaku pada masa kini bahkan telah berlaku semenjak zaman Nabi Adam a.s. lagi.


Contoh-contoh fitnah yang dialami oleh Nabi dan orang-orang yang soleh ialah:

1.Usaha yang dilakukan oleh syaitan dengan menggunakan berbagai-bagai helah dan kata-kata manis untuk merosakkan kehidupan harmoni Nabi Adam dan isterinya Hawa supaya mereka dikeluarkan daripada syurga.


2.Nabi Nuh difitnah sebagai seorang yang gila kerana beliau membina kapal ditengah-tengah padang pasir.


3.Nabi Yusuf difitnah melakukan perbuatan sumbang terhadap Siti Zulaikha, isteri seorang pembesar Mesir menyebabkan baginda dipenjara.


4.Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w. sendiri telah difitnah melakukan perbuatan sumbang dengan Safuan bin Al-Ma'tal Al-Salami oleh Abdullah bin Ubai dalam perjalanan balik dari peperangan menentang kaum Yahudi. Fitnah ini telah mengugat kepercayaan para sahabat terhadap kesucian Aishah.


Menghindari Fitnah

Bagi menghindari fitnah, Allah mengajar umatnya supaya mengelak diri daripada menjadi penyebar fitnah dengan cara menjauhkan daripada terjebak dengan penyebar fitnah.

Ini dinyatakan dalam firmanNya dalam surah Al-Hujurat ayat 6.


Senjata utama untuk menghadapi bahaya fitnah ialah bersikap sabar seperti yang dilakukan oleh Saidatina Aishah.


Kata-kata yang diucapkan beliau kepada Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu beliau difitnah, yang diambil daripada kata-kata Nabi Ya'kub a.s. dalam surah Yusuf ayat 18.


Langkah-langkah mengelakkan bahaya fitnah ialah:

1.Menanamkan rasa benci terhadap fitnah

2.Menanamkan rasa simpati dan timbang rasa

3.Menjauhkan diri daripada menyebarkan berita buruk terhadap orang lain

4.Menanamkan rasa ingin membantu menyelesai-kan masalah orang lain

5.Menanamkan semangat kejiranan menurut prinsip Islam

6.Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.


Sekian, terima kasih.


Sumber : Nota-nota sedia ada dalam pc uye.

No comments:

Post a Comment