Saturday, October 31, 2009
PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 3
Friday, October 30, 2009
PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 2
Terdapat kelayakan-kelayakan tertentu yang perlu ada pada setiap diri perseorangan. Juga, terdapat kelayakan-kelayakan tertentu yang perlu ada pada setiap usaha pengislahan (tajdid) dan pembinaan semula (re-construction) masyarakat.
1. Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar
Kelayakan peribadi yang pertama ialah kefahaman Islam yang sebenar. Sesiapa sahaja yang hendak menegakkan peraturan masyarakat Islam patutlah mengetahui dahulu peraturan itu sendiri secara menyeluruh. Untuk maju setapak ke arah tujuan tadi, tidaklah memadai dengan hanya mempunyai ilmu keIslaman yang cetek. Sebaliknya, ilmu keIslaman yang mendalam diperlukan. Dalam atau ceteknya ilmu keIslaman ini tertakluk pada kebolehan diri perseorangan. Tidak semestinya setiap orang yang berjuang di jalan kebenaran ini adalah tokoh ilmu keIslaman. Tetapi adalah perlu bagi setiap orang tadi mempunyai suatu kelayakan tertentu yang sekurang-kurangnya membolehkan mereka membezakan di antara aqidah Islamiyyah dan ciri-ciri jahiliyah dan juga di antara amalan-amalan Islam dan yang bukan Islam. Dengan demikian barulah ia berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam dapat memberi panduan kepada seluruh bidang (aspek) kehidupan. Tanpa ilmu ini, seseorang manusia tidak dapat menuju ke jalan yang benar dan ia juga tidak dapat memimpin orang lain ke arah jalan tersebut. Dia juga tidak dapat berjaya melaksanakan sesuatu kerja (tugas) itu di atas landasan yang sebenar.
Tenaga penggerak yang umum (biasa) patutlah mempunyai tanggapan Islam yang jelas yang boleh diterangkan dalam bentuk yang mudah kepada rakyat bandar dan juga desa. Tenaga pengerak yang mempunyai kecerdasan akal perlulah dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya sehingga mereka dapat mengkagumkan para cendikiawan (cerdik pandai) dan juga dapat menghilangkan keraguan serta kekusutan yang ada pada fikiran mereka. Tenaga penggerak begini juga perlu mempunyai keupayaan untuk memberi hujah-hujah yang logik terhadap segala kecaman-kecaman musuh Islam. Mereka juga mestilah mampu menyesuaikan berbagai-bagai masalah hidup dengan cara Islam. Mereka sepatutnya mampu untuk menegakkan suatu kebudayaan dan tamadun baru yang berlandaskan peraturan serta pemahaman Islam. Mereka sepatutnya mempunyai daya menapis menyaring atau daya mengkritik yang secukupnya untuk membolehkan mereka menapis segala ciri-ciri keburukan yang tersembunyi di sebalik ciri-ciri kebaikan yang terdapat pada pemikiran dan amalan manusia hari ini.
Mereka juga perlu memiliki suatu kemampuan sehingga membolehkan mereka membinasakan segala ciri yang layak dibinasakan dan menggantikannya dengan yang lebih baik. Kemampuan ini juga membolehkan mereka mengekalkan segala ciri yang patut dikekalkan dengan tujuan untuk mempergunakannya di dalam peraturan serta penyusunan masyarakat yang lebih baik.
2. Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam
Di samping ilmu dan kefahaman, terdapat suatu lagi kelayakan yang perlu ada pada tenaga penggerak gerakan Islam. Iaitu mempunyai iman yang teguh terhadap aqidah yang menjadi asas segala kegiatan mereka. Hati mereka mestilah merasa puas dengan kebenaran yang ada pada aqidah tersebut. Fikiran mereka merasa mudah dan tenang untuk menerima aqidah ini. Sesiapa pun tidak dapat berbuat apa-apa jika dirinya itu kurang yakin dan dipenuhi keraguan serta was-was. Tugas besar ini tidak dapat dilaksanakan di dalam keadaan kekusutan fikiran. Tugas ini tidak layak bagi mereka yang mempunyai hati yang berbelah bahagi dan memiliki fikiran yang tidak tenang (kusut atau keliru). Tugas ini juga tidak layak bagi mereka yang mudah tertarik oleh berbagai-bagai aliran pemikiran dan tindakan. Sesiapa saja yang menjalankan tugas ini perlulah mempunyai iman yang teguh terhadap kewujudan Allah Subhanahu Wata’ala.
Mereka mestilah meyakini bahawa Allah Subhanahu Wata’ala mempunyai kuasa, kelayakan dan hak sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Mereka ini mesti yakinkan “Hari Perhitungan” (yaum al-hisab) sebagaimana yang diterangkan di dalam Al- Quran. Bagi mereka ini, satu-satunya jalan kebenaran ialah jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Apa sahaja yang bertentangan dengan peraturan ini dianggap siasia sahaja (tidak berfaedah). Mereka menilai kebenaran sesuatu aliran pemahaman dan tindakan berlandaskan Kitabullah (AlQuran) dan sunnah Rasulullah s.a.w..
Apa sahaja yang bersesuaian dengan ciri penilaian ini dikira benar dan apa saja yang bertentangan dengannya dikira salah. Keyakinan yang teguh terhadap kenyataan-kenyataan ini adalah perlu untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam. Perkara ini perlu dihadapi dengan ketenangan dan kepuasan fikiran. Tidak perlu ada kekusutan fikiran. Sesiapa yang menyeleweng dan menumpukan pemikiran serta tindakannya ke lain-lain arah perlulah menerima rawatan untuk mengubati penyakit-penyakit ini, sebelum mereka meneruskan tugas mereka sebagai penegak-penegak peraturan masyarakat Islam.
..................kita sambung lagi dalam siri ke 3.
Thursday, October 29, 2009
PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 1
Suka saya mencoret beberapa pra-syarat kejayaan harakah Islamiyyah @jamaah Islam sebagaimana yang digariskan oleh Abu A'la Al-Maududi.
Di antara perkara-perkara utama yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan
gerakan Islam.
2. Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah atau gerakan yang
memperjuangkan Islam.
3. Kelayakan yang perlu bagi menjamin kejayaan-kejayaan dalam usaha
memperkembangkan dan menegakkan cara hidup Islam.
4. Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi oleh diri perseorangan dan
juga jama’ah yang memperjuangkan Islam.
5. Cara-cara untuk mendapat kelayakan-kelayakan yang tersebut tadi dan usaha-usaha
untuk menghapuskan keburukan-keburukan yang mengotori diri perseorangan
dan masyarakat.
Huraian Ringkasnya begini:
1)Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan
Harakah Islamiyyah
• Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar
• Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam
• Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah)
• Mengambil Islam sebagai matlamat hidup
2)Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah Islamiyyah
• Persaudaraan (ukhuwwah)
• Musyawarah (syura)
• Tata tertib (disiplin)
• Teguran-teguran yang membina (muhasabah)
3)Kelayakan-kelayakan yang perlu/tambahan bagi menjamin kejayaan.
• Hubungan dengan Allah dengan keikhlasan hati
• Mengingati hari akhirat
• Budi pekerti yang mulia
• Ketabahan dan tetap pendirian
• Bijaksana
4) Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi.
• Sombong (takabbur)
• Riya’ (menunjuk-nunjuk)
• Pra Sangka - Niat buruk
5) Kelemahan-kelemahan diri manusia
• Mementingkan diri sendiri
• Tabi’at tidak seimbang
• Pemikiran yang sempit (singkat akal)
• Membuat keputusan yang lemah
Ikuti sambungannya...................
Wednesday, October 28, 2009
Tuesday, October 27, 2009
HINDARI POLITIKING DALAM JAMAAH
1. Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .
han yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS .12. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka . Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan . Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh , liar dan tidak cermat . Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal .










Semoga ibadat Haji kita diterima oleh ALlah. Kita mendapat haji yang mabrur.
BAHAGIAN DALAM KAABAH














































